MN PULAU PINANG TERIMA LAWATAN KERJA DARI NEW ZEALAND IMMIGRATION
PULAU PINANG, 3 Jun – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi New Zealand Immigration, Craig Johnston, sebagai Irregular Migration Liaison Officer (South East Asia) sekitar jam 10.30 pagi, 1 Jun lalu.
Kunjungan hormat ini diadakan bertujuan mengeratkan hubungan antara negara selain bekerjasama membanteras aktiviti penyeludupan manusia dan jenayah rentas sempadan, seterusnya secara tidak langsung dapat memaksimumkan keupayaan agensi penguatkuasaan maritim di perairan negara.
Lawatan kerja yang berlangsung selama hampir tiga jam ini dilaksanakan bersama delegasi New Zealand Police Liaison Officer, Mr. Mike Foster.
Kunjungan hormat ini selesai sekitar jam 1.30 petang.
MARITIM NEGERI PERAK | KURSUS INTERMEDIATE INTERDICTION SIRI 1/2023
LUMUT, 22 September – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Maritim Negeri Perak menganjurkan Kursus 'Intermediate Interdiction' Siri 1/2023 selama lima hari bermula 18 hingga 22 September 2023.
Kursus yang melibatkan seramai 18 peserta terdiri daripada 15 anggota Maritim Negeri Perak itu termasuk penglibatan setiap seorang peserta daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
Selain itu, seramai empat orang Jurulatih dari MTT Interdiction APMM turut menghadiri kursus ini.
Objektif kursus adalah untuk memberi penekanan khusus berpandukan Prosedur Operasi Standard (SOP) dan tatacara penggeledahan serta meningkatkan pengetahuan secara teori dan praktikal dalam menggeledah.
Selain itu, objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan kebolehan melaksanakan teknik mempertahankan diri dan mengawal situasi yang kritikal serta meningkatkan kemahiran dan keyakinan pegawai dan anggota sebagai pasukan geledah.
Pelaksanaan kursus ini dibahagikan kepada dua fasa meliputi fasa teori dan praktikal yang dilaksanakan di kapal KM Nyalau.
Selain itu, para peserta turut diuji secara dalam talian melalui 'application Kahoot' di akhir sesi.
Majlis penutupan kursus ini disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri Perak, Encik Mohd Hailnizam bin Mohd Mokhtar yang mewakili Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali bin Ya’akup.