PUTRAJAYA, 8 MAC – Bagi meningkatkan lagi kerjasama dan hubungan di antara Maritim Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), satu lawatan kerja telah diadakan oleh delegasi yang diketuai oleh YBrs. Tuan Zamri bin Misman, Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Strategik) bersama pegawai pengurusan tertinggi MKN telah diadakan ke Pusat Operasi Maritim Malaysia (POMAR) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya.
Ketibaan delegasi itu disambut oleh Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Muda (M) Haji Rozali Bin Mohd Said.
Dalam kunjungan itu delegasi berpeluang melihat sendiri cara pengoperasian POMAR dan diberi taklimat ringkas berkaitan fungsi dan peranan Maritim Malaysia.
Diharapkan dengan kunjungan ini dapat meningkatkan hubungan baik di antara agensi kerajaan berhubung dengan fungsi dan tugas masing-masing.
Di akhir lawatan kedua-dua agensi bertukar-tukar cenderamata dan sesi bergambar sebagai tanda kenang-kenangan.