06
Isn, Feb

KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI MARITIM MALAYSIA NEGERI PERAK KE ATAS PANGLIMA UDARA TLDM

 

LUMUT, 7 November - Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali bin Ya’akup telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Berbahagia Laksamana Pertama Ahmad Shaifirudin bin Abu Bakar di Markas Udara Tentera Laut diraja Malaysia (TLDM) Lumut pada jam 9.00 pagi, hari ini.

Kunjungan hormat ini adalah bertujuan menjalinkan hubungan strategik antara agensi berhubung kedaulatan undang-undang di laut bagi pemerkasaan penguatkuasaan yang mapan.

Kunjungan hormat dimulakan dengan sesi pengenalan antara delegasi dan taklimat ringkas mengenai Maritim Negeri Perak bersama pihak TLDM cawangan udara amnya serta diakhiri dengan pemberian cenderahati daripada pihak TLDM kepada Maritim Negeri Perak.

Maritim Negeri Perak merakamkan penghargaan dan terima kasih atas kesudian menerima kunjungan hormat ini bagi mengukuhkan persahabatan antara agensi.

 

Kunjungan Hormat PMN Perak ke TLDM Kunjungan Hormat PMN Perak ke TLDM 2 

 

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC