27
Sab, Apr

Grid List

KAPAL KOREK DITAHAN LANGGAR SYARAT MSO 1952

MARITIM NEGERI PERAK | RAMPAS 60 SET BUBU NAGA DI DUA LOKASI BERBEZA

MINUMAN KERAS BESERTA BOT FIBER DAN ENJIN BERNILAI LEBIH RM472 RIBU DIRAMPAS MARITIM MALAYSIA

LAGI 50 UNIT BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN KERIAN

35 SET BUBU NAGA TERUS DIRAMPAS DI PULAU TALANG

DUA WARGA TEMPATAN BERSAMA SEBUAH BOT PENUMPANG DITAHAN

ZON MARITIM BINTULU | BOT NELAYAN ASING CEROBOH PERAIRAN SARAWAK DITAHAN

OP KHAS PAGAR LAUT FASA 3 CATAT 55 KES TANGKAPAN

SESI TEMUBUAL BERSAMA KETUA PENOLONG PENGARAH PENGUATKUASAAN DAN EKSESAIS MARITIM NEGERI PAHANG DI KONTI PAHANG FM

KUANTAN, 3 November – Sesi Temubual Khas Konti Radio bersama dengan Komander Maritim Abdul Halim bin Hamzah, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Eksesais, Seksyen Operasi Maritim Negeri Pahang di Konti Pahang FM pada jam 1215 tengahari semalam.

Slot wawancara membincangkan berkenaan dengan Kesedaran Keselamatan di Laut Persediaan Komuniti Maritim Menghadapi Monsun Timur Laut di mana komuniti maritim seluruh negara khususnya di negeri Pahang dinasihatkan sentiasa meningkatkan tahap waspada apabila berada di laut ketika Monsun Timur Laut yang bermula pada bulan November sehingga Mac 2023 kerana boleh membawa ribut petir, hujan lebat dan angin kencang terutamanya di kawasan Pantai Timur Semenanjung. Nelayan juga dinasihatkan agar sentiasa memakai jaket keselamatan dan pastikan kesemua peralatan keselamatan dalam kedaan baik apabila turun ke laut.

Turut hadir bersama di konti Penolong Pengarah 1 Unit Carilamat dan Bantuan Bencana, Seksyen Operasi, Leftenan Maritim Siti Zakiah binti Hambali.

a    c 
d   e
Grid List

KONTIJEN MARITIM NEGERI SABAH DAN W.P LABUAN SERTAI PERBARISAN ANZAC DAY COMMEMORATION ‘LES WE FORGET’

KOTA KINABALU, 25 APRIL – Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah mengambil bahagian dalam Perbarisan Anzac Day Commemoration 'Lest We Forget' yang berlangsung di Tugu Peringatan Perang Dunia Pertama, Jalan Tugu semalam.

Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik berkata, tujuan perbarisan ini adalah bagi memperingati pengorbanan semua askar Australia dan New Zealand atau singkatannya ANZAC yang gugur dalam Perang Dunia Kedua di Sabah.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri I, Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan yang mewakili Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, juga pegawai-pegawai kanan termasuk Pegawai Memerintah Kapal.

Kontijen Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan diketuai oleh Leftenan Muda Maritim Mohd Ariff bin Abdul Halim serta 30 pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang berpangkalan di Kota Kinabalu.

Penyertaan Maritim Malaysia dalam perbarisan ini adalah bagi meniupkan rasa kecintaan tanah air dan semangat menghargai kemerdekaan dalam kalangan warga Maritim Malaysia di samping memberi inspirasi untuk terus memartabatkan kedaulatan negara.

 

PERBARISAN ANZAC
 
PERBARISAN ANZAC 2
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC