26
Jum, Apr

Grid List

KAPAL KOREK DITAHAN LANGGAR SYARAT MSO 1952

MARITIM NEGERI PERAK | RAMPAS 60 SET BUBU NAGA DI DUA LOKASI BERBEZA

MINUMAN KERAS BESERTA BOT FIBER DAN ENJIN BERNILAI LEBIH RM472 RIBU DIRAMPAS MARITIM MALAYSIA

LAGI 50 UNIT BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN KERIAN

35 SET BUBU NAGA TERUS DIRAMPAS DI PULAU TALANG

DUA WARGA TEMPATAN BERSAMA SEBUAH BOT PENUMPANG DITAHAN

ZON MARITIM BINTULU | BOT NELAYAN ASING CEROBOH PERAIRAN SARAWAK DITAHAN

OP KHAS PAGAR LAUT FASA 3 CATAT 55 KES TANGKAPAN

PAMERAN MARITIM MALAYSIA DI PROGRAM “KITA DEMI NEGARA” SIRI KEDUA ZON SABAH BIL 1/2022

KOTA KINABALU, 3 Oktober -  Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah menyertai pameran Sempena Program “KITA DEMI NEGARA” SIRI KEDUA ZON SABAH BIL 1/2022 pada 1 dan 2 Oktober 2022 yang diadakan di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Program “Kita Demi Negara” merupakan satu platform untuk membentuk Keluarga Malaysia yang prihatin dan meningkatkan patriotisme dikalangan rakyat khususnya orang negeri Sabah.

Dalam pameran tersebut Maritim Negeri Sabah telah mempamerkan beberapa jenis senjata api kecil milik Maritim Malaysia  yang digunakan semasa operasi, model kapal dan bot Maritim Malaysia serta penerangan kerjaya maritim kepada pelajar-pelajar sekolah. Pameran yang berlangsung selama dua hari mendapat sambutan hangat daripada orang Sabah terutamanya sekitar Kota Kinabalu. Selain itu Pasukan Tindakan Khas Maritim Malaysia turut melakukan demostrasi operasi menyelamat di atas kapal yang juga melibatkan aksi “Fast Roping” dari pesawat udara Maritim Malaysia.

Bot ADAL 03 dari ZM Kudat juga turut dipamerkan dalam program tersebut untuk memberi peluang kepada pengunjung bergambar mengenali Maritim Malaysia dengan lebih dekat lagi.

 312b79ce 635b 4336 807d b7665bfd0c87 1   IMG 0743 
Grid List

KONTIJEN MARITIM NEGERI SABAH DAN W.P LABUAN SERTAI PERBARISAN ANZAC DAY COMMEMORATION ‘LES WE FORGET’

KOTA KINABALU, 25 APRIL – Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah mengambil bahagian dalam Perbarisan Anzac Day Commemoration 'Lest We Forget' yang berlangsung di Tugu Peringatan Perang Dunia Pertama, Jalan Tugu semalam.

Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik berkata, tujuan perbarisan ini adalah bagi memperingati pengorbanan semua askar Australia dan New Zealand atau singkatannya ANZAC yang gugur dalam Perang Dunia Kedua di Sabah.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri I, Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan yang mewakili Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, juga pegawai-pegawai kanan termasuk Pegawai Memerintah Kapal.

Kontijen Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan diketuai oleh Leftenan Muda Maritim Mohd Ariff bin Abdul Halim serta 30 pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang berpangkalan di Kota Kinabalu.

Penyertaan Maritim Malaysia dalam perbarisan ini adalah bagi meniupkan rasa kecintaan tanah air dan semangat menghargai kemerdekaan dalam kalangan warga Maritim Malaysia di samping memberi inspirasi untuk terus memartabatkan kedaulatan negara.

 

PERBARISAN ANZAC
 
PERBARISAN ANZAC 2
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC