26
Jum, Apr

Grid List

MARITIM NEGERI PERAK | RAMPAS 60 SET BUBU NAGA DI DUA LOKASI BERBEZA

MINUMAN KERAS BESERTA BOT FIBER DAN ENJIN BERNILAI LEBIH RM472 RIBU DIRAMPAS MARITIM MALAYSIA

LAGI 50 UNIT BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN KERIAN

35 SET BUBU NAGA TERUS DIRAMPAS DI PULAU TALANG

DUA WARGA TEMPATAN BERSAMA SEBUAH BOT PENUMPANG DITAHAN

ZON MARITIM BINTULU | BOT NELAYAN ASING CEROBOH PERAIRAN SARAWAK DITAHAN

OP KHAS PAGAR LAUT FASA 3 CATAT 55 KES TANGKAPAN

MARITIM NEGERI PERAK TERUS MERAMPAS BUBU NAGA DI PULAU TALANG

LAWATAN KEBAJIKAN TERHADAP ANGGOTA MARITIM MALAYSIA YANG KEMATIAN IBU OLEH KEPIMPINAN TERTINGGI APMM

LUMUT, 20 September - Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya (M) Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim bersama Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali bin Ya'akup telah melakukan lawatan kebajikan ke atas anggota yang kematian ibu iaitu Leftenan Komander (M) Aida binti Arzahari di kediamannya di Seri Manjung, Perak hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi I, Puspanita Cawangan Kecil APMM, Datin Norazlita Binti Hamali yang juga isteri Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia.

Tujuan lawatan ini adalah bagi memberi kata-kata semangat serta sokongan moral agar terus tabah dengan ujian ini terhadap anggota dan seluruh keluarga yang terkesan.

Ini juga membuktikan tanda keprihatinan kepimpinan tertinggi Maritim Malaysia yang menitikberatkan kebajikan pegawai dan anggota selain mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga Maritim Malaysia.

Allahyarhamah Hamiah Binti Zain ialah ibu kepada Leftenan Komander (M) Aida binti Arzahari, telah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Seri Manjung pada jam 7.30 petang semalam kerana menghidap penyakit kencing manis.

Jenazah dibawa ke Masjid Ar Rahman untuk dimandikan dan dikafankan serta disembahyangkan oleh warga kariah, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Manjung pada jam 10.45 pagi tadi.

Takziah diucapkan kepada Leftenan Komander (M) Aida binti Arzahari sekeluarga dan didoakan agar roh ibu beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Resizer 16636630337925  Resizer 16636629825011
 Resizer 16636630209663

 Resizer 16636630486927

 

Grid List

KONTIJEN MARITIM NEGERI SABAH DAN W.P LABUAN SERTAI PERBARISAN ANZAC DAY COMMEMORATION ‘LES WE FORGET’

KOTA KINABALU, 25 APRIL – Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah mengambil bahagian dalam Perbarisan Anzac Day Commemoration 'Lest We Forget' yang berlangsung di Tugu Peringatan Perang Dunia Pertama, Jalan Tugu semalam.

Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik berkata, tujuan perbarisan ini adalah bagi memperingati pengorbanan semua askar Australia dan New Zealand atau singkatannya ANZAC yang gugur dalam Perang Dunia Kedua di Sabah.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri I, Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan yang mewakili Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, juga pegawai-pegawai kanan termasuk Pegawai Memerintah Kapal.

Kontijen Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan diketuai oleh Leftenan Muda Maritim Mohd Ariff bin Abdul Halim serta 30 pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang berpangkalan di Kota Kinabalu.

Penyertaan Maritim Malaysia dalam perbarisan ini adalah bagi meniupkan rasa kecintaan tanah air dan semangat menghargai kemerdekaan dalam kalangan warga Maritim Malaysia di samping memberi inspirasi untuk terus memartabatkan kedaulatan negara.

 

PERBARISAN ANZAC
 
PERBARISAN ANZAC 2
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC