17
Rab, Jun

Grid List

MARITIM MALAYSIA LAKSANA MEDEVAC KRU KAPAL PHEONIX JAMNAGAR

LAPAN MANGSA SELAMAT DALAM INSIDEN BOT LAJU TERBALIK DI PANTAI TELUK PASIR, SANTUBONG

MARITIM MALAYSIA LAKSANA MEDEVAC KRU KAPAL CX GEMMA DI PERAIRAN KUCHING

MARITIM MALAYSIA DAN AGENSI DAERAH MERSING LAKSANA OP BERSEPADU PANTAU AKTIVITI ISLAND HOPPING

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

FUNGSI UNIT INTEGRITI

Penubuhan Unit Integriti, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) adalah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 - Penubuhan Unit Integriti Di Semua Agensi Awam. Unit ini bertujuan untuk memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh hatta meningkatkan semangat patriotisme. Inisiatif ini diharapkan dapat membendung salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi di kalangan pegawai dan anggota APMM.

Secara khususnya, penubuhan Unit Integriti APMM ini merupakan usaha kawalan dalaman oleh agensi untuk menguruskan integriti pegawai dan anggota APMM. Unit ini bertanggungjawab untuk melaksanakan fungsi teras mengikut seksyen-seksyen seperti berikut:

  1. Seksyen Pengurusan Aduan: Menerima dan memproses semua aduan/maklumat mengenai salah laku serta pelanggaran peraturan, tatakelakuan dan etika organisasi untuk diambil tindakan selanjutnya;
  2. Seksyen Pengesanan dan Pengesahan: Mengesan dan mengesahkan salah laku serta pelanggaran peraturan, tatakelakuan dan etika organisasi seperti yang diadukan. Seksyen ini juga akan melaporkan salah laku jenayah/rasuah dan sebagainya kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab.
  3. Seksyen Pengukuhan Integriti: Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam agensi;
  4. Seksyen Tadbir Urus dan Pematuhan: Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan oleh agensi serta memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa; dan
  5. Seksyen Tatatertib: Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib.

FUNGSI BAHAGIAN KESELAMATAN DAN PENGAWASAN MARITIM (BKPM)

Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim adalah merupakan salah satu bahagian di bawah Sektor Operasi yang bertanggungjawab dalam memastikan kedaulatan perairan negara dalam keadaan aman terkawal dari aspek kepentingan politik, sosio-ekonomi keselamatan pertahanan maritim negara yang komprehensif agar sentiasa dilindungi dan dipertahankan. Dibahagikan kepada tiga cawangan seperti berikut:

Cawangan Command, Control , Comunication , Computer, Intelligent, Surveillance & Reconnaisance (C4ISR)

  1. Memperakukan dasar dan perintah operasi bagi pusat kawalan operasi, komunikasi, sistem rangkaian operasi, pengurusan maklumat dan pengawasan maritim.
  2. Menentukan pusat kawalan operasi, komunikasi, sistem rangkaian operasi, pengurusan maklumat dan pengawasan maritim berfungsi dengan efektif.
  3. Memperakukan perancangan dan pembangunan masa depan pusat kawalan operasi, komunikasi, sistem rangkaian operasi, pengurusan maklumat dan pengawasan maritim.

Cawangan Persempadanan Maritim & Pendataan

  1. Memberi khidmat nasihat dari aspek keselamatan maritim kepada semua Maritim Negeri.
  2. Memacu keselamatan maritim negara yang komprehensif agar sentiasa dilindungi dan dipertahankan.
  3. Memacu kedaulatan perairan negara dalam keadaan aman terkawal dari aspek kepentingan politik, sosio-ekonomi, keselamatan, pertahanan, budaya & sebagainya.
  4. Menganalisis dan mengumpul maklumat melalui kerjasama diantara agensi dalam dan luar negara.

Sistem Pengawasan Laut  (SWASLA)

  1. Bertanggungjawab ke atas pengawasan keselamatan perairan Maritim.
  2. Bertindak sebagai Pusat Maklumat Maritim Bagi Main Control Centre (MCC) & Area Control Centre (ACC).
  3. Menganalisis aktiviti keselamatan maritim.

FUNGSI PASUKAN TINDAKAN KHAS DAN PENYELAMAT

Pasukan Tindakan Khas Dan Penyelamat APMM ini ditubuhkan bagi membantu Agensi di dalam melaksanakan tugas penguatkuasaan undang-undang dan peraturan di Zon Maritim Malaysia. Dua tugas utama PTK APMM iaitu operasi khas menyelamat dan operasi khas menggempur atau menggeledah secara paksa (forced boarding). Beberapa fungsi utama PTK APMM adalah seperti berikut :

  1. Melaksanakan operasi khas mencari dan menyelamat yang sukar.
  2. Melaksanakan operasi penggeledahan kapal secara paksa (forced boarding).
  3. Melawan keganasan (anti-piracy/counter-terrorism).
  4. Menyelamat di permukaan air dan menyelamat di bawah permukaan air.

Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat APMM dibahagikan beberapa skuadron dan unit seperti berikut :

  1. Markas Pasukan Tindakan Khas
  2. Skuadron Gempur Semenanjung
  3. Skuadron Gempur Sabah & Sarawak
  4. Pusat Selam AMSAS / MN Pahang
  5. Unit Selam MN Johor
  6. Unit Selam MN Perak
  7. Unit Selam MN Sabah
  8. Unit Selam MN Sarawak

FUNGSI BAHAGIAN BEKALAN

Bahagian Bekalan adalah salah satu bahagian di bawah Sektor Logistik. Bahagian ini dibahagikan kepada 2 Cawangan iaitu Cawangan Bekal Am dan Cawangan Bekal Teknikal.Fungsi Bahagian Bekalan adalah seperti berikut:

  1. Mengkaji dan menyediakan spesifikasi teknikal bagi catuan, pakaian, pengurusan bahan bakar dan peralatan operasi.
  2. Menyedia, menyemak dan menyelaras keperluan harta modal dan inventori yang diperlukan oleh Maritim Negeri dan Zon Maritim.
  3. Menyedia, menyemak dan memantau arahan pelaksanaan kontrak catuan, pakaian, bahan bakar dan peralatan operasi.
  4. Menyedia dan menyelaras keperluan kewangan bagi keperluan catuan, pakaian, pengurusan bahan bakar dan peralatan operasi. 
  5. Memberi khidmat nasihat mengenai arahan dan peraturan semasa yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan melalui surat dan pekeliling.
  6. Memberi khidmat nasihat mengenai hal-hal pentadbiran yang melibatkan persuratan, rekod, dokumen, kebajikan dan kerjaya anggota.
  7. Menguruskan surat-menyurat, rekod dan pemfailan serta keperluan pentadbiran cawangan.
  8. Menguruskan rekod kehadiran, cuti kakitangan dan hel ehwal HRMIS cawangan.
  9. Memberi khidmat nasihat berhubung pengurusan stor bagi peralatan operasi.
  10. Menyelia pengurusan senjata dan peluru serta menyelaras semua perolehan persenjataan termasuk pembekalan peluru dan bahan letupan. 

 

FUNGSI BAHAGIAN UNDANG-UNDANG

Bahagian Undang-Undang Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia terdiri daripada pegawai undang-undang yang berperanan sebagai Timbalan Pendakwa Raya dan Peguam Persekutuan. Fungsi Bahagian ini adalah antara lain untuk:

  1. Menjalankan hak dan kuasa Pendakwa Raya selaras dengan peruntukan seksyen 376(3) Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] termasuk mengkaji kertas siasatan dan memberikan nasihat serta arahan kepada penguat kuasa APMM mengenai siasatan dan izin pendakwaan;
  1. Mengendalikan semua pendakwaan dan prosiding jenayah di mahkamah bagi apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang dalam Zon Maritim Malaysia di bawah mana-mana undang-undang Persekutuan selaras dengan peruntukan seksyen 377 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593];
  1. Memberikan khidmat nasihat perundangan mengenai semua bidang undang-undang berkenaan dengan perkara yang dirujuk kepadanya oleh mana-mana bahagian di Ibu Pejabat, Pejabat Maritim Negeri dan Zon Maritim APMM;
  1. Menyemak dokumen undang-undang seperti notis perundangan, perjanjian dan memorandum persefahaman yang mana APMM merupakan salah satu pihak bagi memastikan kepentingan Kerajaan dilindungi;
  1. mewakili APMM dalam tindakan guaman (sivil) yang berada di bawah bidang kuasa dan kawalan Bahagian Undang-Undang APMM; dan
  1. Menyemak penggubalan perundangan utama, perundangan subsidiari dan perundangan pindaan yang berada di bawah kawal selia APMM sebelum dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk kelulusan.

Lebih banyak artikel..

Grid List

"TIADA KOMPROMI TERHADAP ANCAMAN DI PERAIRAN NEGARA," - MDN TEGAS KOMITMEN KERAJAAN MADANI PERKUKUH MARITIM MALAYSIA

PUTRAJAYA, 11 JUN – Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap sebarang ancaman yang menggugat keselamatan, kedaulatan dan martabat negara, khususnya melibatkan jenayah rentas sempadan, penyeludupan serta pencerobohan perairan negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, selagi ancaman terhadap perairan negara wujud, selagi itulah Kerajaan akan memastikan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memiliki kuasa, kapasiti dan sokongan yang diperlukan bagi melaksanakan tanggungjawab penguatkuasaan secara berkesan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Tahun 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Menurut beliau, keluasan Zon Maritim Malaysia yang meliputi lebih 556,000 kilometer persegi merangkumi laluan strategik seperti Selat Melaka, Laut China Selatan, Laut Sulu dan Laut Sulawesi menjadikan keselamatan maritim sebagai antara keutamaan utama negara.

“Perairan negara bukan sekadar laluan air, malah merupakan nadi geopolitik, ekonomi dan keselamatan negara. Justeru, Maritim Malaysia memainkan peranan sebagai benteng hadapan negara dalam memastikan perairan Malaysia kekal selamat, teratur dan bebas daripada ancaman jenayah maritim,” katanya.

Saifuddin berkata, Kerajaan turut komited memperkukuh keupayaan operasi Maritim Malaysia menerusi pelaksanaan beberapa perolehan aset strategik bagi memastikan agensi itu sentiasa bersedia mendepani cabaran keselamatan maritim yang semakin kompleks.

Menurut beliau, Maritim Malaysia dijangka menerima Kapal Misi Pelbagai Guna (MPMS) pertama pada pertengahan tahun 2027, manakala kontrak perolehan MPMS kedua yang dimeterai pada 21 April 2026 dijangka siap dalam tempoh 24 bulan bermula Februari 2026 hingga Januari 2028.

Selain itu, Maritim Malaysia juga bakal menerima empat buah helikopter Agusta Westland AW189 pada tahun ini dengan pesawat pertama dijangka tiba pada Julai 2026, sekali gus meningkatkan keupayaan operasi penguatkuasaan, rondaan maritim serta misi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) di seluruh Zon Maritim Malaysia.

Dalam menghadapi cabaran Krisis Tenaga Global 2026, beliau menegaskan bahawa Kerajaan MADANI tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk penyeludupan, penyelewengan dan ketirisan bekalan bersubsidi yang boleh menjejaskan kepentingan negara serta kesejahteraan rakyat.

Melalui pelaksanaan Op TIRIS 4.0 Segmen Laut yang dilaksanakan secara bersepadu bersama PDRM-PPM, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Laut Malaysia dan Jabatan Perikanan Malaysia yang bermula pada 16 Mac lalu, Maritim Malaysia telah berjaya merekodkan 30 kes dengan nilai rampasan melebihi RM5.74 juta sehingga 1 Jun 2026.

“Kejayaan ini membuktikan komitmen berterusan Maritim Malaysia dalam memastikan diesel, petrol dan barangan bersubsidi tidak diseleweng ke luar negara atau disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Ia juga mencerminkan sokongan padu Maritim Malaysia terhadap aspirasi Kerajaan MADANI dalam memerangi ketirisan serta menjamin kemakmuran negara” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa perkembangan geopolitik global yang memberi kesan kepada laluan strategik antarabangsa seperti Selat Hormuz telah meningkatkan kepentingan Selat Melaka sebagai antara laluan perdagangan dan perkapalan paling penting di dunia.

Justeru, katanya, Maritim Malaysia memikul tanggungjawab yang amat besar untuk memastikan Selat Melaka dan perairan negara kekal selamat, teratur serta bebas daripada ancaman jenayah maritim demi menjamin kelancaran perdagangan antarabangsa serta kestabilan ekonomi negara dan serantau.

Sementara itu, majlis berkenaan turut menyaksikan seramai 254 warga Maritim Malaysia dari seluruh Semenanjung Malaysia menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025 sebagai pengiktirafan terhadap prestasi, dedikasi dan komitmen tinggi dalam melaksanakan amanah menjaga keselamatan serta kedaulatan perairan negara.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, YBhg. Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah berkata, “pengiktirafan tersebut bukan sekadar penghargaan kepada pencapaian individu, malah mencerminkan budaya kerja berprestasi tinggi yang terus menjadi tunjang kecemerlangan organisasi”.

Pada tahun 2025, seramai 390 warga Maritim Malaysia di seluruh negara telah dipilih sebagai penerima APC berbanding 372 orang pada tahun sebelumnya. Majlis tersebut turut dihadiri pengurusan tertinggi KDN dan Maritim Malaysia serta warga Maritim Malaysia.




hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC