NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT
FUNGSI BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) adalah salah satu bahagian di bawah Sektor Pengurusan. Bahagian ini menyediakan perkhidmatan sokongan ICT kepada warga APMM dan bertanggungjawab terhadap perkembangan dan penyelarasan ICT di APMM. BTM dibahagikan kepada empat cawangan dan fungsi setiap cawangan adalah seperti berikut:
Cawangan Pengurusan Aplikasi a. Merancang, membangun, menyelenggara dan memantau sistem aplikasi maritim APMM. b. Merancang, membangun, menyelenggara dan memantau aplikasi pengurusan. c. Membantu teknikal aplikasi perdana. d. Memberi khidmat nasihat dan bantuan teknikal kepada pengguna. e. Memberi latihan kepada pengguna. f. Memberi khidmat nasihat dan bantuan teknikal kepada pengguna.
Cawangan Pengurusan Operasi a. Merancang, melaksana, menyelenggara dan memantau pusat data, perkakasan dan perisian ICT APMM. b. Melaksana dan memantau penggunaan MyGovUC (Sistem Komunikasi Bersepadu Sektor Awam) dan sidang video (VC) di APMM. c. Memberi latihan kepada pengguna. d. Menyediakan khidmat meja bantuan dan bantuan teknikal kepada pengguna.
Cawangan Pengurusan Laman Web, Multimedia dan Pentadbiran a. Membantu teknikal aplikasi perdana. b. Merancang, membangun dan menyelenggara aplikasi multimedia. c. Merancang, membangun dan menyelenggara laman web dan media sosial. d. Menyelaras, mengurus dan memantau Pembangunan Pelan Strategik ICT. e. Mengurus setia Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) f. Menyelaras kelulusan teknikal projek teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) daripada Jawatankuasa Teknikal ICT Sektor Awam (JTISA) g. Memberi latihan kepada pengguna. h. Memberi khidmat nasihat dan bantuan teknikal kepada pengguna.
Cawangan Pengurusan Rangkaian dan Keselamatan ICT a. Merancang, menggubal dan melaksana Dasar Keselamatan ICT (DKICT). b. Menyelenggara sistem rangkaian dan komunikasi APMM serta MyGovNet*APMM. c. Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan keselamatan ICT. d. Memberi latihan kepada pengguna. e. Memberi khidmat nasihat dan bantuan teknikal kepada pengguna.
MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026
KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.
Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.
“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.
Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.
Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.
Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.
Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.
Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.
Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.