12
Kha, Mac

Grid List

VESEL PUKAT JERUT DITAHAN MENANGKAP IKAN TERLALU HAMPIR DENGAN DARATAN

BANTUAN ASET MARITIM MALAYSIA - INSIDEN KAPAL LAYAR TERKANDAS DI PERAIRAN LANGKAWI

VESEL TUNDA GAGAL KEMUKA DOKUMEN, DITAHAN DI PERAIRAN MIRI

VESEL TUNDA DISYAKI LANGGAR ORDINAN PERKAPALAN SAUDAGAR 1952 DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL PUKAT TUNDA KELAS B LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DAN IMIGRESEN

CUBAAN SELUDUP 37 PATI DIGAGALKAN, TEKONG WARGA THAILAND ANTARA DITAHAN

LANGGAR SYARAT LESEN, BOT NELAYAN DITAHAN DI PERAIRAN TANJUNG PAYUNG

DUA BOT BERSAMA 1,870 PAKET MINYAK MASAK BERSUBSIDI DIRAMPAS

I-SAREX 2021 ZON MARITIM LABUAN

WhatsApp Image 2021 09 02 at 13.12.24 WhatsApp Image 2021 09 02 at 13.12.25 
 IMG 5494  IMG 5569
 IMG 5522  IMG 5592

 

LABUAN, 2 September - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Labuan telah melaksanakan satu Latihan CARILAMAT Dalaman (I-SAREX 2021) disini harini.

Latihan ini bertujuan untuk meningkatkan kesiapsiagaan aset, ilmu pengetahuan serta kemahiran pegawai dan anggota Maritim Malaysia khususnya di Zon Maritim Labuan apabila berhadapan dengan situasi kecemasan yang sebenar.

Selain itu, jaringan komunikasi dalaman antara Pusat Operasi Zon dengan Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) dan agensi kerajaan yang lain juga dapat diperkukuhkan. Latihan ini juga membantu dalam mengenalpasti kelemahan dan kekangan semasa pelaksanaan latihan CARILAMAT seterusnya melaksanakan tindakan penambahbaikkan demi keberkesanan fungsi dan tanggungjawab Maritim Malaysia.

Antara aset yang terlibat adalah KM ADIL sebagai OSC (On Scene Cordinator), KILAT 40 sebagai SRU (Search Rescue Unit) dan sebuah bot JKR sebagai bot mangsa yang terbakar. Latihan ini juga melibatkan pelakon daripada anggota Zon Maritim Labuan sendiri sebagai mangsa, waris dan juga orang kenamaan. Latihan dimulakan seawa jam 9 pagi dan berakhir pada jam 12 tengahari dengan pematuhan SOP (Standard of Procedure) norma baharu.

Grid List

MARITIM NEGERI SARAWAK HADIRI MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGSIH RAYA 2026

KUCHING, 9 MAC – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak bersama Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) menghadiri Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2026 yang berlangsung di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, pada Jumaat.

Majlis berkenaan diadakan sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri Sarawak dalam membantu golongan yang memerlukan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Maritim Malaysia Negeri Sarawak diwakili oleh Timbalan Pengarah Operasi, Kepten Maritim Simon Templer Lo ak Tusa.

Terdahulu, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah.

Majlis kemudian diteruskan dengan tayangan video khas Sumbangsih Raya 2026 sebelum ucapan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg yang menekankan kepentingan semangat kebersamaan serta keprihatinan dalam membantu golongan memerlukan menjelang musim perayaan.

Kemuncak majlis menyaksikan penyerahan simbolik Sumbangsih Raya 2026 kepada para penerima yang layak, diikuti penyampaian cenderamata serta sesi bergambar bersama kenamaan dan wakil agensi yang terlibat.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri bersama agensi berkaitan dalam memperkukuh kebajikan masyarakat serta menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Sarawak menjelang sambutan Aidilfitri.

PREMIER SWK2
 
PREMIER SWK3
 
PREMIER SWK4
 
PREMIER SWK6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC