GEORGETOWN, 27 Julai – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang hari ini, menerima bot PENGGALANG 40 daripada Maritim Negeri Perak di ibu pejabat Maritim Negeri Pulau Pinang.
Bot PENGGALANG 40 yang diterima ini adalah aset daripada Zon Maritim Kuala Kurau berikutan spesifikasi bot ini lebih sesuai digunakan di perairan yang tidak cetek serta menggunakan keupayaan enjin 'water jet'.
Penerimaan aset baharu ini juga diharap dapat meningkatkan lagi penguatkuasaan serta rondaan secara lebih efisien di sekitar perairan Pulau Pinang.
Majlis serah terima bot ini diadakan secara ringkas di ibu pejabat Maritim Negeri Pulau Pinang yang turut dihadiri oleh Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau dan Ketua Bot Penggalang 40 serta kedua-dua Pengarah Maritim Negeri dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard Perintah Kawalan Pergerakan yang ketat.
![]()




















.svg.png)

