MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM
MARITIM NEGERI PULAU PINANG HULUR BANTUAN KEPADA ANGGOTA MANGSA BANJIR
GEORGETOWN, 28 November - Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang bersama Pengerusi Kelab Kebajikan dan Sukan Maritim (KESMAR) Maritim Negeri Pulau Pinang telah mengadakan lawatan kebajikan ke rumah PW I (M) Idris Bin Aman yang bertugas di Seksyen Siasatan Maritim Negeri Pulau Pinang pagi semalam.
Lawatan diadakan bagi menyampaikan sumbangan dan memberi sokongan moral kepada beliau dan keluarga kerana dilanda musibah banjir di kampung halamannya di Felda Ijok, Perak.
Sumbangan berupa wang tunai yang diberikan adalah hasil kutipan ahli KESMAR Maritim Negeri Pulau Pinang itu telah disampaikan sendiri oleh Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Bin Mohamed.
PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026
LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.
Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.
Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.
Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.
Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.
Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.