KUALA PERLIS, 3 November - Program Suntikan Vaksin Hepatitis B, Typhoid dan Influenza ini merupakan inisiatif Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Zon Maritim Kuala Perlis) demi menjaga kebajikan pegawai-pegawai dan anggota sebagai langkah pencegahan risiko penyakit berjangkit ketika melaksanakan tugas. Program tersebut telah dilaksanakan di pejabat Zon Maritim Kuala Perlis yang dikendalikan oleh Klinik Remedic Kangar, Perlis pada jam lebih kurang 9.30 pagi tadi.
Menurut Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Shafie bin Haji Paing, mereka yang diberikan suntikan vaksin itu terdiri daripada anggota pelbagai unit antaranya penguatkuasaan, pentadbiran dan keselamatan. Langkah itu diambil susulan risiko jangkitan penyakit yang dibawa nelayan asing ketika melaksanakan pemeriksaan rutin di lautan.
Program ini adalah julung kalinya dilaksanakan dengan penglibatan seramai 58 orang pegawai dan anggota terlibat dalam program suntikan vaksin yang terdiri daripada pegawai di pelbagai peringkat.
Penerima suntikan ini akan menerima faedah secara langsung perlindungan daripada risiko penyakit berjangkit yang juga merupakan kepentingan dan objektif utama program ini dijalankan.















.svg.png)

