13
Jum, Mac

Grid List

VESEL PUKAT JERUT DITAHAN MENANGKAP IKAN TERLALU HAMPIR DENGAN DARATAN

BANTUAN ASET MARITIM MALAYSIA - INSIDEN KAPAL LAYAR TERKANDAS DI PERAIRAN LANGKAWI

VESEL TUNDA GAGAL KEMUKA DOKUMEN, DITAHAN DI PERAIRAN MIRI

VESEL TUNDA DISYAKI LANGGAR ORDINAN PERKAPALAN SAUDAGAR 1952 DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL PUKAT TUNDA KELAS B LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DAN IMIGRESEN

CUBAAN SELUDUP 37 PATI DIGAGALKAN, TEKONG WARGA THAILAND ANTARA DITAHAN

LANGGAR SYARAT LESEN, BOT NELAYAN DITAHAN DI PERAIRAN TANJUNG PAYUNG

DUA BOT BERSAMA 1,870 PAKET MINYAK MASAK BERSUBSIDI DIRAMPAS

SESI SERAH TERIMA TUGAS KETUA-KETUA BOT ZON MARITIM LABUAN

WhatsApp Image 2020 08 14 at 11.40.56  WhatsApp Image 2020 08 14 at 11.40.44 
WhatsApp Image 2020 08 14 at 11.40.51  WhatsApp Image 2020 08 14 at 11.49.36 
WhatsApp Image 2020 08 14 at 11.40.22  WhatsApp Image 2020 08 14 at 11.40.13 

 

LABUAN, 14 Ogos - Satu sesi Serah Terima Tugas diantara ketua-ketua bot Zon Maritim Labuan dan Pemakaian Lencana Ketua Bot telah berjaya dilaksanakan hari ini di Pejabat Zon Maritim Labuan.

Sesi ini telah disaksikan sendiri oleh Pengarah Zon Maritim Labuan dengan diiringi oleh Timbalan Pengarah Zon (Operasi). Turut dihadiri oleh pegawai-pegawai memerintah kapal dan semua kru bot Zon Maritim Labuan.

Setelah selesai menandatangani serah terima tugas, PZM ZM Labuan telah memberikan ucapan dan kata-kata semangat kepada ketua-ketua bot yang baharu untuk menjalankan tugas dengan lebih cemerlang dan sentiasa menerapkan nilai-nilai integriti yang tinggi semasa dilapangan.

Setelah itu, Seksyen Operasi telah memberikan penerangan berkenaan penggunaan RMPnet kepada Ketua-ketua bot yang baharu serta semua kru bot Zon Maritim Labuan bagi kelancaran OP Benteng di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

LT DYA (M) DILSA BIN AKMAD

Pegawai Perhubungan Awam 

Zon Maritim Labuan

Grid List

MARITIM NEGERI SARAWAK HADIRI MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGSIH RAYA 2026

KUCHING, 9 MAC – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak bersama Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) menghadiri Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2026 yang berlangsung di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, pada Jumaat.

Majlis berkenaan diadakan sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri Sarawak dalam membantu golongan yang memerlukan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Maritim Malaysia Negeri Sarawak diwakili oleh Timbalan Pengarah Operasi, Kepten Maritim Simon Templer Lo ak Tusa.

Terdahulu, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah.

Majlis kemudian diteruskan dengan tayangan video khas Sumbangsih Raya 2026 sebelum ucapan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg yang menekankan kepentingan semangat kebersamaan serta keprihatinan dalam membantu golongan memerlukan menjelang musim perayaan.

Kemuncak majlis menyaksikan penyerahan simbolik Sumbangsih Raya 2026 kepada para penerima yang layak, diikuti penyampaian cenderamata serta sesi bergambar bersama kenamaan dan wakil agensi yang terlibat.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri bersama agensi berkaitan dalam memperkukuh kebajikan masyarakat serta menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Sarawak menjelang sambutan Aidilfitri.

PREMIER SWK2
 
PREMIER SWK3
 
PREMIER SWK4
 
PREMIER SWK6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC