![]()
![]()
LABUAN, 13 Julai - Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Haji Mohd Rosli bin Abdullah telah mengunjungi Zon Maritim Labuan, semalam.
Lawatan rasmi ini adalah yang pertama kali dilakukan setelah perlantikan beliau sebagai Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang ke-,7 pada 02 Mac 2020 yang lalu.
Seawal pukul 7:00 pagi, semua warga Zon Maritim Labuan telah melakukan persiapan Kawalan Kehormat Setempat (KKS) dengan perbarisan seluruh warganya sementara menunggu ketibaan beliau diperkarangan pejabat ZM Labuan.
Dalam ucapannya, beliau telah menegaskan kepada seluruh warga ZM Labuan bahawa beliau tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggota yang terlibat dengan najis dadah, rasuah dan salah guna kuasa.
Diakhir ucapan, beliau juga telah menyarankan kepada seluruh warga ZM Labuan supaya sentiasa mematuhi Standard of Procedure (SOP) berkenaan pemutusan rantaian virus Covid-19 dengan pemakaian Basic Personal Protevtive Equipment (PPE) seperti pelitup mulut, sarung tangan dan Hand Sanitizer semasa menjalankan operasi.
Akhir sekali, beliau telah melawat limbungan dimana aset-aset ZM Labuan menjalani pembaikan dan seterusnya terlibat dengan Mesyuarat Back To Back Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan bermula 14-16 Julai 2020 di Pejabat ZM Labuan.
LT DYA (M) DILSA BIN AKMAD
Pegawai Unit Komunikasi Korporat
Zon Maritim Labuan

















.svg.png)

