04
Sab, Mei

Grid List

GAGAL MAKLUM PERTUKARAN NAKHODA, DUA BOT LANGGAR SYARAT SAH LESEN DITAHAN

DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN ATAS PELBAGAI KESALAHAN

MARITIM NEGERI PERAK RAMPAS 57 SET BUBU NAGA DI DUA LOKASI BERBEZA

PERAIRAN NEGARA SELAMAT DARI ANCAMAN JENAYAH

30 SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NEGERI PERAK

ZON MARITIM LAHAD DATU TAHAN DUA BOT NELAYAN ATAS PELBAGAI KESALAHAN

KAPAL KOREK DITAHAN LANGGAR SYARAT MSO 1952

MARITIM NEGERI PERAK | RAMPAS 60 SET BUBU NAGA DI DUA LOKASI BERBEZA

SESI DIALOG ZON MARITIM TANJUNG MANIS BERSAMA DENGAN PENGUASA/OPERATOR BOT PENUMPANG

SARIKEI, 26 Feb – Maritim Malaysia, Zon Maritim Tanjung Manis telah mengadakan Sesi Dialog dan Perjumpaan bersama dengan Pengusaha/Operator Bot Penumpang di kawasan Sarikei dan Tanjung Manis dengan jayanya.

Sesi dialog tersebut telah diadakan di Restoran Riverside, Sarikei dengan kehadiran 4 orang pegawai dari Zon Maritim Tanjung Manis,  1 orang pegawai dari Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Tanjung Manis dan 4 orang Pengusaha/ Operator Bot Penumpang di sekitar Sarikei/ Tanjung Manis.

Fokus utama sesi dialog adalah bertujuan untuk menyemai Kesedaran Keselamatan penumpang-penumpang bot yang menggunakan perkhidmatan tersebut. Pemakaian Jaket Keselamatan haruslah sentiasa dititik berat dan peralatan tersebut hendaklah sentiasa mencukupi serta selamat digunapakai pada bila-bila masa. Di samping itu, alat pemadam api kecil juga harus ada di dalam mana-mana bot penumpang yang beroperasi.

Justeru, Pengusaha/ operator bot penumpang juga diberi pemahaman yang lebih terperinci agar mereka sentiasa memahami tugas serta tanggungjawab agar keselamatan para penumpang bot sentiasa diambilberat.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim Mohd Ariz bin Md Kassim mengucapkan perhargaan terima kasih kepada pegawai dan pengusaha/ operator bot penumpang di atas kerjasama yang baik sepanjang sesi dialog diadakan.

WhatsApp Image 2020 02 27 at 10.28.31   WhatsApp Image 2020 02 27 at 10.28.31 1
     
     
Grid List

MARITIM PULAU PINANG TINGKAT KERJASAMA DENGAN POLIS MARIN BATU UBAN

PULAU PINANG, 3 MEI – Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang Kepten Maritim Razali bin Kasim mengadakan kunjungan hormat ke atas Komander Markas Polis Marin (PPM) Batu Uban, iaitu ACP Rusley bin Chi Ari semalam.

Delegasi Maritim Negeri Pulau Pinang disambut oleh Ketua Bahagian Kepolisan Am iaitu DSP Pakharuddin Amri bin Sanusi dan Ketua Operasi, ASP Mohd Puzi bin Din di Markas PPM Batu Uban.

Tujuan lawatan kerja rasmi ini adalah bagi berkongsi perkembangan situasi penguatkuasaan Kawasan Operasi Maritim Malaysia (KOM) terutamanya di perairan negeri Pulau Pinang dan menjadi platform kedua-dua pihak untuk bertukar-tukar pandangan bagi mempertingkatkan kerjasama sebagai sahabat strategik.

Selain itu, tinjauan turut diadakan ke aset-aset serta sesi suai kenal dengan anggota bot dan kapal oleh Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang di jeti PPM Batu Uban.

Dalam pada itu, prasarana bagi keperluan penempatan aset kapal dan bot akan dipertingkatkan demi memantapkan kelangsungan operasi bagi jangka masa panjang.

 

MN PP PPM 2
 
MN PP PPM 3
 
MN PP PPM 4

 

 

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC