KUANTAN, 3 MAC — Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab telah melaksanakan Program Singgah Sahur bersama pegawai dan anggota yang sedang bertugas di atas Kapal Maritim (KM) PEKAN dan KM LANGKAWI, awal pagi semalam.
Ketibaan beliau di Kuantan Port Consortium (KPC) Kuantan pada pukul 3.40 pagi telah disambut oleh Pegawai Memerintah KM PEKAN, Kepten Maritim Mohammad bin Othman dan Pegawai Memerintah KM LANGKAWI, Komander Maritim Eizanizam bin Muhammad Eng seterusnya disusuli dengan sesi singgah sahur serta ramah mesra bersama warga kapal.
Program ini diadakan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan moral kepada anggota yang terus komited melaksanakan rondaan serta pemantauan perairan walaupun dalam bulan Ramadan.
Dalam ucapannya, beliau menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas komitmen, disiplin dan profesionalisme yang ditunjukkan oleh pegawai serta anggota kapal dalam memastikan tahap kesiapsiagaan sentiasa berada pada tahap optimum demi keselamatan dan kedaulatan perairan negara.
Beliau turut mengingatkan agar aspek keselamatan, kesihatan dan kebajikan anggota sentiasa diberi perhatian sepanjang tempoh penugasan, selaras dengan tuntutan tugas yang mencabar dan berisiko tinggi.
Program turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Operasi Negeri Pahang, Kepten Maritim Mohd Marmizi bin Md Nor.
Program berakhir pada pukul 5.00 pagi dalam suasana penuh silaturahim dan semangat kekeluargaan, sekali gus mencerminkan keprihatinan pihak pengurusan terhadap warga kerja yang sentiasa komited dalam mempertahankan keselamatan serta kedaulatan perairan negara.





















.svg.png)

