13
Jum, Mac

Grid List

VESEL PUKAT JERUT DITAHAN MENANGKAP IKAN TERLALU HAMPIR DENGAN DARATAN

BANTUAN ASET MARITIM MALAYSIA - INSIDEN KAPAL LAYAR TERKANDAS DI PERAIRAN LANGKAWI

VESEL TUNDA GAGAL KEMUKA DOKUMEN, DITAHAN DI PERAIRAN MIRI

VESEL TUNDA DISYAKI LANGGAR ORDINAN PERKAPALAN SAUDAGAR 1952 DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL PUKAT TUNDA KELAS B LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DAN IMIGRESEN

CUBAAN SELUDUP 37 PATI DIGAGALKAN, TEKONG WARGA THAILAND ANTARA DITAHAN

LANGGAR SYARAT LESEN, BOT NELAYAN DITAHAN DI PERAIRAN TANJUNG PAYUNG

DUA BOT BERSAMA 1,870 PAKET MINYAK MASAK BERSUBSIDI DIRAMPAS

PROJEK KOMPLEKS BERSEPADU MARITIM MALAYSIA - PPM LABUAN BAKAL JADI MODEL BAHARU KDN

LABUAN, 3 FEBRUARI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengadakan Mesyuarat dan Lawatan Tapak Projek Meroboh dan Membina Semula Kompleks Bersepadu Zon Maritim Labuan dan Pasukan Polis Marin (PPM) Labuan, sebagai langkah awal merealisasikan pembangunan infrastruktur keselamatan maritim yang lebih sistematik dan bersepadu.

Mesyuarat yang berlangsung di Pejabat Zon Maritim Labuan itu telah dipengerusikan bersama oleh Kepten Maritim Shahrizan Raman dari Bahagian Pembangunan, Cawangan Pengurusan Projek Maritim Malaysia dan Ir. Mohd Zamri Abdullah, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan, Jabatan Kerja Raya (JKR) Ibu Pejabat. Turut hadir, Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Izwanhadi Hj. Idros.

Program berkenaan turut disertai pegawai daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN), Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Ibu Pejabat JKR, JKR Labuan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Pasukan Polis Marin.

Shahrizan memaklumkan, projek pembinaan Kompleks Bersepadu KDN ini merupakan yang pertama seumpamanya di bawah kementerian berkenaan melibatkan kerjasama Maritim Malaysia dan PPM, sekali gus dijangka menjadi penanda aras serta rujukan bagi pembangunan kompleks bersepadu KDN pada masa hadapan.

Menurut beliau lagi, KDN telah memberikan mandat kepada Maritim Malaysia untuk mengetuai pelaksanaan projek berkenaan dengan penekanan agar keperluan operasi dan perjawatan kedua-dua agensi diambil kira secara telus, adil dan menyeluruh.

Projek Meroboh dan Membina Semula Kompleks Bersepadu KDN Maritim Malaysia dan PPM Labuan itu telah diluluskan di bawah Rancangan Pembangunan Pertama (RP1), Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMKe-13) dan dijadualkan bermula pada tahun 2026.

Shahrizan turut berkata, pelaksanaan projek berkenaan amat signifikan dalam menyediakan kemudahan infrastruktur yang lebih moden dan kondusif bagi menyokong keperluan operasi, di samping memperkukuh kerjasama strategik antara Maritim Malaysia dan PPM dalam menjaga keselamatan serta kedaulatan perairan negara, khususnya di perairan Wilayah Persekutuan Labuan.

Mesyuarat diteruskan dengan sesi pembentangan oleh wakil Ibu Pejabat JKR yang merangkumi perancangan awal, skop projek serta keperluan teknikal sebelum pelaksanaan.

Lawatan tapak turut diadakan bagi mengenal pasti potensi isu kerja awal serta menyelaras hala tuju perancangan dan pelaksanaan projek agar dapat dilaksanakan secara lebih teratur dan bersepadu.

Maritim Malaysia menegaskan komitmen untuk memastikan projek pembangunan ini dilaksanakan secara berfasa, terancang dan berimpak tinggi bagi meningkatkan kecekapan operasi, kebajikan anggota serta keupayaan penguatkuasaan maritim negara.

KOM BERSEPADU LABUAN2
 
KOM BERSEPADU LABUAN3
 
KOM BERSEPADU LABUAN4
 
KOM BERSEPADU LABUAN5

Grid List

MARITIM NEGERI SARAWAK HADIRI MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGSIH RAYA 2026

KUCHING, 9 MAC – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak bersama Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) menghadiri Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2026 yang berlangsung di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, pada Jumaat.

Majlis berkenaan diadakan sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri Sarawak dalam membantu golongan yang memerlukan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Maritim Malaysia Negeri Sarawak diwakili oleh Timbalan Pengarah Operasi, Kepten Maritim Simon Templer Lo ak Tusa.

Terdahulu, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah.

Majlis kemudian diteruskan dengan tayangan video khas Sumbangsih Raya 2026 sebelum ucapan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg yang menekankan kepentingan semangat kebersamaan serta keprihatinan dalam membantu golongan memerlukan menjelang musim perayaan.

Kemuncak majlis menyaksikan penyerahan simbolik Sumbangsih Raya 2026 kepada para penerima yang layak, diikuti penyampaian cenderamata serta sesi bergambar bersama kenamaan dan wakil agensi yang terlibat.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri bersama agensi berkaitan dalam memperkukuh kebajikan masyarakat serta menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Sarawak menjelang sambutan Aidilfitri.

PREMIER SWK2
 
PREMIER SWK3
 
PREMIER SWK4
 
PREMIER SWK6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC