11
Rab, Mac

Grid List

VESEL PUKAT JERUT DITAHAN MENANGKAP IKAN TERLALU HAMPIR DENGAN DARATAN

BANTUAN ASET MARITIM MALAYSIA - INSIDEN KAPAL LAYAR TERKANDAS DI PERAIRAN LANGKAWI

VESEL TUNDA GAGAL KEMUKA DOKUMEN, DITAHAN DI PERAIRAN MIRI

VESEL TUNDA DISYAKI LANGGAR ORDINAN PERKAPALAN SAUDAGAR 1952 DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL PUKAT TUNDA KELAS B LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DAN IMIGRESEN

CUBAAN SELUDUP 37 PATI DIGAGALKAN, TEKONG WARGA THAILAND ANTARA DITAHAN

LANGGAR SYARAT LESEN, BOT NELAYAN DITAHAN DI PERAIRAN TANJUNG PAYUNG

DUA BOT BERSAMA 1,870 PAKET MINYAK MASAK BERSUBSIDI DIRAMPAS

KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA HADIR MAJLIS LUNCHEON TALK YB MDN BERSAMA MEDIA

CYBERJAYA, 28 JANUARI – Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah telah menghadiri Majlis Luncheon Talk Yang Berhormat Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri Bersama Media yang diadakan sebagai platform memperkukuh hubungan strategik antara Kementerian Dalam Negeri dan pengamal media di Shaftbury Asteria Cyberjaya, hari ni.

Majlis tersebut dianjurkan bagi membuka ruang interaksi dua hala yang lebih erat antara pihak kementerian, agensi di bawah KDN serta wakil media dalam menyampaikan maklumat tepat, berintegriti dan berkesan kepada masyarakat.

Kehadiran Ketua Pengarah Maritim Malaysia dalam majlis ini mencerminkan komitmen berterusan Maritim Malaysia dalam menyokong usaha kementerian memperkukuh kerjasama strategik dengan media sebagai rakan penting dalam penyampaian maklumat berkaitan keselamatan dan kedaulatan negara.

Program ini turut menjadi medan perkongsian pandangan serta penjelasan berkaitan dasar, inisiatif dan keutamaan KDN dalam mendepani cabaran keselamatan semasa, termasuk aspek keselamatan maritim negara.

Maritim Malaysia akan terus komited memperkukuh hubungan baik dengan media sebagai rakan strategik dalam meningkatkan kesedaran awam terhadap peranan agensi dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan perairan negara.

LUNCHEON MDN
 
LUNCHEON MDN3
 
LUNCHEON MDN4

Grid List

MARITIM NEGERI SARAWAK HADIRI MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGSIH RAYA 2026

KUCHING, 9 MAC – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak bersama Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) menghadiri Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2026 yang berlangsung di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, pada Jumaat.

Majlis berkenaan diadakan sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri Sarawak dalam membantu golongan yang memerlukan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Maritim Malaysia Negeri Sarawak diwakili oleh Timbalan Pengarah Operasi, Kepten Maritim Simon Templer Lo ak Tusa.

Terdahulu, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah.

Majlis kemudian diteruskan dengan tayangan video khas Sumbangsih Raya 2026 sebelum ucapan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg yang menekankan kepentingan semangat kebersamaan serta keprihatinan dalam membantu golongan memerlukan menjelang musim perayaan.

Kemuncak majlis menyaksikan penyerahan simbolik Sumbangsih Raya 2026 kepada para penerima yang layak, diikuti penyampaian cenderamata serta sesi bergambar bersama kenamaan dan wakil agensi yang terlibat.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri bersama agensi berkaitan dalam memperkukuh kebajikan masyarakat serta menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Sarawak menjelang sambutan Aidilfitri.

PREMIER SWK2
 
PREMIER SWK3
 
PREMIER SWK4
 
PREMIER SWK6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC