12
Jum, Jun

Grid List

MARITIM MALAYSIA LAKSANA MEDEVAC KRU KAPAL PHEONIX JAMNAGAR

LAPAN MANGSA SELAMAT DALAM INSIDEN BOT LAJU TERBALIK DI PANTAI TELUK PASIR, SANTUBONG

MARITIM MALAYSIA LAKSANA MEDEVAC KRU KAPAL CX GEMMA DI PERAIRAN KUCHING

MARITIM MALAYSIA DAN AGENSI DAERAH MERSING LAKSANA OP BERSEPADU PANTAU AKTIVITI ISLAND HOPPING

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH ZON MARITIM BATU PAHAT KE 10 RAMD KEM MAJIDEE

BATU PAHAT, 23 JULAI – Bagi mengukuhkan kerjasama antara Agensi Penguatkuaaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam operasi dan latihan, Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad Zaini bin Zainal julung kali telah mengadakan kunjungan hormat ke 10 RAMD, Kem Majidee, pagi tadi.

Kunjungan hormat ini telah disambut mesra oleh Pegawai Memerintah 10 RAMD Kem Majidee, Leftenan Kolonel Akhwan bin Jamaludin bersama-sama Penolong Pegawai Memerintah, Mejar Sulaiman bin Mohamed Noor.

Pada pertemuan tersebut, beberapa perkara utama telah dibincangkan termasuk perkongsian isu-isu semasa serta keselamatan di kawasan sekitar bagi memastikan keamanan negara berada di tahap terbaik.

Pada lawatan yang sama, beliau turut diberi taklimat operasi oleh Pegawai Pemerintah 10 RAMD selain berpeluang mengadakan lawatan meninjau fasiliti, kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota di kem tersebut.

Dalam pada itu, Leftenan Kolonel Akhwan juga turut menzahirkan komitmen pihaknya untuk terus bekerjasama bersama Maritim Malaysia terutamanya Zon Maritim Batu Pahat pada masa akan datang.

 

KH KEM MAJIDEE
 
KH KEM MAJIDEE2
 
KH KEM MAJIDEE5
 
KH KEM MAJIDEE3
Grid List

ISTIADAT MENGARAK PANJI-PANJI SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YDPA SULTAN IBRAHIM

PUTRAJAYA, 5 JUN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hari ini menghadiri Istiadat Mengarak Panji-Panji sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Tahun 2026 yang berlangsung dengan penuh adat istiadat, tradisi ketenteraan serta gilang-gemilang di Dataran Pahlawan Negara, di sini pagi tadi.

Maritim Malaysia telah diwakili oleh Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim bersama barisan pengarah-pengarah bahagian serta pegawai-pegawai kanan agensi melibatkan seramai 30 pegawai.

Istiadat bersejarah ini bukan sahaja melambangkan kedaulatan Institusi Raja Berperlembagaan, malah menjadi manifestasi kesetiaan, patriotisme dan penghormatan yang tidak berbelah bahagi seluruh warga perkhidmatan awam serta pasukan beruniform kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Utama Negara.

Sebagai agensi penguatkuasaan maritim utama negara, Maritim Malaysia sentiasa menjunjung tinggi prinsip taat setia, integriti dan profesionalisme dalam melaksanakan amanah menjaga keselamatan, keamanan serta kedaulatan Zon Maritim Malaysia demi kepentingan negara dan rakyat.

Penyertaan Maritim Malaysia dalam istiadat ini turut mencerminkan komitmen berterusan agensi dalam mendukung aspirasi negara serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam mempertahankan kedaulatan dan kesejahteraan tanah air.

Seluruh warga Maritim Malaysia merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah dan menjunjung kasih ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda Tahun 2026.

𝗗𝗶𝗿𝗴𝗮𝗵𝗮𝘆𝘂 𝗧𝘂𝗮𝗻𝗸𝘂,

𝗗𝗮𝘂𝗹𝗮𝘁 𝗧𝘂𝗮𝗻𝗸𝘂!

MENGARAK PANJI
 
MENGARAK PANJI2
 
MENGARAK PANJI7
 
MENGARAK PANJI8

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC