13
Jum, Mac

Grid List

VESEL PUKAT JERUT DITAHAN MENANGKAP IKAN TERLALU HAMPIR DENGAN DARATAN

BANTUAN ASET MARITIM MALAYSIA - INSIDEN KAPAL LAYAR TERKANDAS DI PERAIRAN LANGKAWI

VESEL TUNDA GAGAL KEMUKA DOKUMEN, DITAHAN DI PERAIRAN MIRI

VESEL TUNDA DISYAKI LANGGAR ORDINAN PERKAPALAN SAUDAGAR 1952 DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL PUKAT TUNDA KELAS B LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DAN IMIGRESEN

CUBAAN SELUDUP 37 PATI DIGAGALKAN, TEKONG WARGA THAILAND ANTARA DITAHAN

LANGGAR SYARAT LESEN, BOT NELAYAN DITAHAN DI PERAIRAN TANJUNG PAYUNG

DUA BOT BERSAMA 1,870 PAKET MINYAK MASAK BERSUBSIDI DIRAMPAS

MARITIM NEGERI PERAK DAN JABATAN IMIGRESEN PERAK PERKUKUH HUBUNGAN STRATEGIK

LUMUT, 31 JANUARI – Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Imigresen Negeri Perak, Tuan Meor Hezbullah Meor Abd Malik di Pejabatnya pada Selasa.

Shukri memaklumkan, tujuan kunjungan hormat ini diadakan adalah bagi memperkukuhkan lagi hubungan strategik di antara kedua-dua perkhidmatan, memantapkan keselamatan perairan negara serta memastikan keselamatan maritim dan keamanan sentiasa terpelihara

Pada pertemuan itu, kedua-dua pihak telah membincangkan pelbagai isu-isu semasa serta memperluaskan perkongsian maklumat yang efektif bagi mengekang aktiviti jenayah di laut.

Sementara itu, Tuan Meor Hezbullah turut menzahirkan komitmen Jabatan Imigresen untuk terus berganding bahu bersama Maritim Malaysia bagi memperkukuhkan usaha memerangi ancaman keselamatan, jenayah rentas sempadan, dan isu-isu lain yang berkait rapat antara kedua-dua jabatan.

Sesi kunjungan ini diakhiri dengan simbolik pertukaran cenderamata. Majlis turut diserikan dengan sesi bergambar sebagai tanda penghargaan terhadap jalinan kerjasama strategik yang terjalin.

Turut hadir dalam sesi berkenaan, Timbalan Pengarah (Siasatan), Leftenan Maritim Mohamad Fuad bin Ja’afar, Pegawai Memerintah KM NUSA, Leftenan Komander Maritim Mahathir bin Ismail serta Pegawai Risik, Leftenan Maritim Mohd Syafie bin Mohd Ali.

 

MN PERAK JIM
 
MN PERAK JIM2
 
MN PERAK JIM3
Grid List

MARITIM NEGERI SARAWAK HADIRI MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGSIH RAYA 2026

KUCHING, 9 MAC – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak bersama Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) menghadiri Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2026 yang berlangsung di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, pada Jumaat.

Majlis berkenaan diadakan sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri Sarawak dalam membantu golongan yang memerlukan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Maritim Malaysia Negeri Sarawak diwakili oleh Timbalan Pengarah Operasi, Kepten Maritim Simon Templer Lo ak Tusa.

Terdahulu, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah.

Majlis kemudian diteruskan dengan tayangan video khas Sumbangsih Raya 2026 sebelum ucapan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg yang menekankan kepentingan semangat kebersamaan serta keprihatinan dalam membantu golongan memerlukan menjelang musim perayaan.

Kemuncak majlis menyaksikan penyerahan simbolik Sumbangsih Raya 2026 kepada para penerima yang layak, diikuti penyampaian cenderamata serta sesi bergambar bersama kenamaan dan wakil agensi yang terlibat.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri bersama agensi berkaitan dalam memperkukuh kebajikan masyarakat serta menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Sarawak menjelang sambutan Aidilfitri.

PREMIER SWK2
 
PREMIER SWK3
 
PREMIER SWK4
 
PREMIER SWK6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC