KUALA LUMPUR, 26 DISEMBER – Satu kunjungan hormat telah diadakan oleh Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya ke atas Asisten Ketua Staf, Operasi dan Latihan, Markas Tentera Laut, Laksamana Muda Dato’ Pahlawan Mohd Fadzli Kamal bin Mohd Mohaldin, di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur siang tadi.
Delegasi BPPM diketuai sendiri Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah selaku Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim yang juga merupakan Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia.
Turut mengiringi beliau adalah Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan Penyelarasan Operasi Maritim, Kepten Maritim Nor Bakari bin Abu Bakar dan Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan Latihan Operasi, Kepten Maritim Mohd Marmizi bin Md Nor.
Selain untuk mengeratkan hubungan antara kedua-dua pihak, pertemuan itu turut membincangkan berkenaan peluang-peluang kerjasama baharu antara Maritim Malaysia - TLDM disamping membuat perancangan untuk memperkasa lagi kerjasama sedia ada.
Antaranya adalah perkongsian maklumat mengenai bot-bot nelayan tempatan yang ditahan oleh penguatkuasa asing, memperkemaskan halatuju EKS SAMUDERA PERKASA ke arah subject matter expert, perkongsian maklumat sistem komunikasi sedia ada termasuk perluasan penggunaan sistem radio jenis xband serta halatuju J2KAT dalam aspek latihan, penguatkuasaan dan pengesanan.
Pertemuan diakhiri dengan sesi pertukaran cenderamata kenang-kenangan oleh kedua-dua belah pihak.




















.svg.png)

