PUTRAJAYA, 11 OKTOBER – Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah hadir dalam Majlis Libat Urus Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail bersama Media di Dewan Gemilang, Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan bacaan doa serta disusuli oleh ucapan aluan daripada YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail.
Usai ucapan beliau, penerangan berkaitan Pindaan Bahagian III Pelembagaan Persekutuan Berhubung Kewarganegaraan dijelaskan serta disusuli dengan sesi dialog bersama Ketua dan wakil Pengarang agensi media.
Turut hadir dalam program ialah Ketua Setiausaha KDN, YBhg Datuk Awang Alik bin Jeman; Ketua Polis Negara, Inspektor Jeneral Tan Sri Razaruddin Husain; Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, YBhg Dato' Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KDN, YBhg Datuk Dr. Abdul Ghapar bin Haji Abu Bakar serta Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi di bawah KDN.
Libat urus juga turut melibatkan kehadiran Pegawai-Pegawai daripada Unit Komunikasi Korporat Jabatan dan Agensi di bawah KDN.





















.svg.png)

