KUCHING, 10 OKTOBER – Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Haji Kamal Ariffin bin Jusoh telah menghadiri Majlis Aspirasi Kepimpinan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar yang bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman (DeTAR Putra) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di Samarahan hari ini.
Turut mengiringi beliau ialah Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri, Kepten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa, Timbalan Pengarah Pengurusan, Encik Yusuf Mok bin Mohamad Generawi serta anggota dan pegawai Maritim Negeri Sarawak.
Dalam ucapan Tan Sri Shamsul Azri menyatakan, tugas penjawat awam bukan sahaja mengenai penyampaian perkhidmatan semata mata malah lebih daripada itu bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.
Maka, perubahan dalam perkhidmatan awam perlu dilakukan dengan sepenuh raga untuk memperkukuhkan lagi keyakinan rakyat terhadap sistem penyampaian awam menerusi ‘Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam’ yang beliau sarankan.
Jelasnya lagi, Agenda ini memberi tumpuan kepada lima Bidang Keberhasilan Reformasi (BKR) iaitu, Penghayatan Nilai dan Tatakelola, Pembangunan Modal Insan, Pembangunan Organisasi, Penyampaian Perkhidmatan dan Memperkasakan Sinergi Awam dan Swasta.
Warga Maritim Malaysia khususnya Maritim Negeri Sarawak menyahut dan menyokong penuh saranan Ketua Setiausaha Negara ini dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan negara serta bekerjasama demi tanah air yang tercinta menerusi lima bidang dan strategi keberhasilan reformasi perkhidmatan awam seperti mana yang telah dilakarkan beliau.




















.svg.png)

