SEMPORNA, 10 SEPTEMBER – YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri telah membuat lawatan kerja rasmi ke Pejabat Zon Maritim Semporna baru-baru ini.
Ketibaan YB Timbalan Menteri Dalam Negeri telah disambut dengan Kawalan Kehormat Setempat (KKS) dan diiring oleh Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Amir bin Shubli.
YB Timbalan Menteri telah menandatangani buku pelawat dan diberikan taklimat ringkas berkaitan Pejabat Zon Maritim Semporna sebelum meneruskan lawatan ke lokasi tapak pembinaan pejabat baharu Zon Maritim Semporna di Tampi-Tampi.
Turut hadir, Laksamana Pertama (M) Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik, Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan, Encik Muhamad Shafik bin Dahalan Setiausaha Sulit Kanan, Encik Asrul Shah bin Razali Timbalan Setiausaha Bahagian Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Encik Ismadi bin Ibrahim Pegawai Tugas-Tugas Khas, YBhg. Datuk Haji Azizan bin Haji Md Zain Pegawai Khas, YBhg. Datin Sri Yusnita binti Yaacob PK JIM dan Leftenan (M) Zahid bin Mohd Isa Penolong Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam.
Lawatan tersebut bertujuan untuk mendapatkan gambaran jelas berkenaan status pembinaan Pejabat baharu Zon Maritim Semporna yang masih dalam pembinaan dan dijangka akan siap pada awal tahun hadapan.





















.svg.png)

