PUTRAJAYA, 16 OGOS – Kelab Pegawai Ibu Pejabat Maritim Malaysia telah menganjurkan Ujian Kemahiran Menembak Senjata Kecil (UKMSK) bertempat di Lapang Sasar Kelab Menembak Sasaran Shapadu, Presint 20 dekat sini semalam.
Dalam program itu, seramai 67 pegawai penguat kuasa Maritim Malayisa telah mengambil bahagian yang disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM) Melaksanakan Tugas Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd Haji Rosli bin Abdullah.
Tujuan program ini diadakan adalah bagi meningkatkan keupayaan dan kemahiran pegawai Maritim Malaysia dalam mengendalikan senjata semasa bertugas di lapangan.
Di samping, membina keyakinan diri semasa melakukan tembakan dalam pelbagai kedudukan serta halangan dan menanam sikap tanggungjawab, membina disiplin yang tinggi semasa mengendalikan senjata api kecil selain mengeratkan lagi hubungan silahturahim dan memupuk semangat kerjasama dalam kalangan pegawai Maritim Malaysia.
Program dimulakan dengan taklimat keselamatan pada jam 8.45 pagi, para pegawai dibahagikan mengikut kumpulan setelah semua langkah-langkah keselamatan dilaksanakan atas arahan Pegawai Lapang Sasar Leftenan Komander Maritim Nur Hadafi Zafran bin Norzali.
Ujian menembak dibahagiakan mengikut dua kategori utama iaitu Ujian Menembak Precision dan Falling Plate, turut diadakan kategori khas ‘Man versus Man’ serta cabutan bertuah.
Senjata yang digunakan dalam latihan kali ini ialah pistol Glock 19 dan CZ SP-01 Shadow.
Di akhir program, para peserta yang mendapat catatan markah tertinggi menerima hadiah berupa cenderamata beserta medal.





















.svg.png)

