PUTRAJAYA, 10 JULAI – Seramai 15 anggota dan pegawai dari beberapa bahagian dan unit di Ibu Pejabat Maritim Malaysia telah mengikuti English Language Program anjuran Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Kursus yang berlangsung setiap Rabu selama dua bulan mulai Jun hingga Julai itu diadakan bertempat di Ibu Pejabat Maritim Malaysia adalah bertujuan bagi meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dalam kalangan pegawai dan anggota selain menjadi platform bertukar-tukar pandangan mengenai budaya, adat resam dan kemahiran di antara Malaysia dan Amerika Syarikat.
Di samping itu, program ini juga dilihat sebagai nilai tambah kepada para anggota dan pegawai Maritim Malaysia untuk lebih berkeyakinan, berani bercakap dalam Bahasa Inggeris dan menambah pengetahuan seiring dengan keperluan semasa.
Majlis penutup kursus ini telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Sumber Manusia Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Tuan Haji Ghazali Hizam dengan menyampaikan sijil tamat kursus kepada para peserta.
Sebagai tanda terima kasih atas sumbangan bakti tenaga pengajar yang disediakan dari Kedutaan Amerika Syarikat, Tuan Haji Ghazali turut memberikan sijil penghargaan kepada Dr. J. Geoffrey Starron.




















.svg.png)

