02
Sab, Mei

Grid List

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN

MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI

VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI

NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT

MARITIM NEGERI PAHANG SERTAI MOH KARNIVAL MAKMUR KUANTAN

KUANTAN, 27 MEI – Maritim Negeri Pahang telah dijemput menyertai Moh Karnival Makmur Kuantan dengan mengadakan reruai pameran bertempat di Dataran Sayangi Kuantan bermula pada 24 hingga 26 Mei lalu.

Program julung kalinya diadakan itu adalah anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan berkonsepkan Pendidikan telah disempurnakan oleh Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Negeri Pahang, Dato' Sri Ir. Haji Mohd. Soffi bin Tan Sri Abd. Razak.

Peluang yang diberikan itu turut dijadikan sebagai platform dalam memperkenalkan fungsi dan peranan Agensi secara tidak langsung membawakan bahan-bahan pameran dan maklumat mengenai Pasukan Sukarelawan Maritim Malaysia (PSMM).

Beberapa replika milik Maritim Malaysia turut dipamerkan bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk lebih mengenali dengan lebih dekat skop tugasan Maritim Malaysia.

Selain Maritim Malaysia, antara perkhidmatan lain yang menyertai karnival itu ialah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia (PSTLDM) Kuantan, Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan beberapa lagi agensi serta jabatan kerajaan selain reruai Universiti Awam, Institut Pendidikan Swasta serta sekolah-sekolah terpilih.

 

 

WhatsApp Image 2024 05 27 at 3.46.18 PM
 
WhatsApp Image 2024 05 27 at 3.46.19 PM 1
Grid List

MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026

KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.

“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.

Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.

Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.

Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.

Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.

Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.

Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.

OSTEX MARITIM
 
OSTEX MARITIM2
 
OSTEX MARITIM4
 
OSTEX MARITIM6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC