12
Kha, Mac

Grid List

VESEL PUKAT JERUT DITAHAN MENANGKAP IKAN TERLALU HAMPIR DENGAN DARATAN

BANTUAN ASET MARITIM MALAYSIA - INSIDEN KAPAL LAYAR TERKANDAS DI PERAIRAN LANGKAWI

VESEL TUNDA GAGAL KEMUKA DOKUMEN, DITAHAN DI PERAIRAN MIRI

VESEL TUNDA DISYAKI LANGGAR ORDINAN PERKAPALAN SAUDAGAR 1952 DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL PUKAT TUNDA KELAS B LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DAN IMIGRESEN

CUBAAN SELUDUP 37 PATI DIGAGALKAN, TEKONG WARGA THAILAND ANTARA DITAHAN

LANGGAR SYARAT LESEN, BOT NELAYAN DITAHAN DI PERAIRAN TANJUNG PAYUNG

DUA BOT BERSAMA 1,870 PAKET MINYAK MASAK BERSUBSIDI DIRAMPAS

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PENGARAH MARITIM NEGERI SELANGOR YANG BAHARU

PELABUHAN KLANG, 24 Januari – Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Maritim Datuk Hamid bin Hj Mohd Amin telah menyempurnakan Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Maritim Negeri Selangor bertempat di Auditorium Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor pada Rabu, 23 Januari 2024.

Dalam majlis itu, Mantan pemangku Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Mohd Sharenliza bin Ghazali telah menyerahkan tugas kepada Pengarah Maritim Negeri Selangor yang baharu iaitu Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh.

Untuk rekod, sebelum ini Kepten Maritim Abdul Muhaimin bertugas di Bahagian Penguatkuasaan Maritim, Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) manakala Mantan Pemangku Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Mohd Sharenliza telah ditugaskan ke Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya sebagai Ketua Cawangan C4ISR Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim.

Seluruh warga Maritim Negeri Selangor mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kepten Maritim Mohd Sharenliza bin Ghazali atas kecemerlangan dan khidmat bakti beliau selama bertugas di Maritim Negeri Selangor serta ucapan tahniah dan syabas kepada Pengarah Maritim Negeri yang baharu.

Menerusi pengalaman dan dedikasi beliau, Maritim Negeri Selangor akan mampu meningkatkan prestasi yang lebih cemerlang dan meneraju Maritim Negeri Selangor mengikut tiga teras utama yang digariskan Ketua Pengarah Maritim Malaysia iaitu Integriti, Operasi dan Ilmu.

 

WhatsApp Image 2024 01 23 at 7.58.10 PM   WhatsApp Image 2024 01 23 at 7.58.10 PM 1   WhatsApp Image 2024 01 23 at 7.58.13 PM 2   WhatsApp Image 2024 01 23 at 7.58.12 PM

 

 

Grid List

MARITIM NEGERI SARAWAK HADIRI MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGSIH RAYA 2026

KUCHING, 9 MAC – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak bersama Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) menghadiri Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2026 yang berlangsung di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, pada Jumaat.

Majlis berkenaan diadakan sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri Sarawak dalam membantu golongan yang memerlukan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Maritim Malaysia Negeri Sarawak diwakili oleh Timbalan Pengarah Operasi, Kepten Maritim Simon Templer Lo ak Tusa.

Terdahulu, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah.

Majlis kemudian diteruskan dengan tayangan video khas Sumbangsih Raya 2026 sebelum ucapan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg yang menekankan kepentingan semangat kebersamaan serta keprihatinan dalam membantu golongan memerlukan menjelang musim perayaan.

Kemuncak majlis menyaksikan penyerahan simbolik Sumbangsih Raya 2026 kepada para penerima yang layak, diikuti penyampaian cenderamata serta sesi bergambar bersama kenamaan dan wakil agensi yang terlibat.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri bersama agensi berkaitan dalam memperkukuh kebajikan masyarakat serta menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Sarawak menjelang sambutan Aidilfitri.

PREMIER SWK2
 
PREMIER SWK3
 
PREMIER SWK4
 
PREMIER SWK6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC