05
Ahd, Mei

Grid List

GAGAL MAKLUM PERTUKARAN NAKHODA, DUA BOT LANGGAR SYARAT SAH LESEN DITAHAN

DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN ATAS PELBAGAI KESALAHAN

MARITIM NEGERI PERAK RAMPAS 57 SET BUBU NAGA DI DUA LOKASI BERBEZA

PERAIRAN NEGARA SELAMAT DARI ANCAMAN JENAYAH

30 SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NEGERI PERAK

ZON MARITIM LAHAD DATU TAHAN DUA BOT NELAYAN ATAS PELBAGAI KESALAHAN

KAPAL KOREK DITAHAN LANGGAR SYARAT MSO 1952

MARITIM NEGERI PERAK | RAMPAS 60 SET BUBU NAGA DI DUA LOKASI BERBEZA

KARNIVAL SUKAN DAN HARI KELUARGA ZON MARITIM SANDAKAN 2022

SANDAKAN, 28 November - Kelab Kebajikan dan Sukan Maritim (KESMAR) Zon Maritim Sandakan (ZM Sandakan) telah mengadakan Karnival Sukan yang berlangsung sepanjang bulan ini dan diakhiri dengan sambutan Hari Keluarga sebagai penutup.

Objektif utama adalah bagi melahirkan warga kerja yang sihat dan cergas disamping memakmurkan ikatan silaturahim.

Sukan yang dipertandingkan meliputi 10 acara iaitu mini futsal veteran, futsal, mendaki berkumpulan, Bowling, takraw, badminton, pingpong, bola sepak dan tarik tali.

Penyerahan medal serta hadiah berlangsung semasa Hari Keluarga dan dimeriahkan bersama aktiviti kanak-kanak dan pasangan suami isteri.

Kemeriahan yang ditonjolkan memberi sinopsis kemuafakatan keluarga besar Zon Maritim Sandakan setelah menempuhi pelbagai cabaran dan dugaan sepanjang tahun 2022.

Inisiatif bagi memperkasakan pengisian rohani dan jasmani buat semua warga tercapai dengan jayanya dan akan terus diaplikasikan lagi untuk tahun yang mendatang.

 

DSCN8574dfg

 

 

DSCN8618dsf

 

DSCN8670ghj

 

 

DSCN8696kjljh

 

DSCN8710hvj

 

 

DSCN8806hjv

 

Grid List

MARITIM PULAU PINANG TINGKAT KERJASAMA DENGAN POLIS MARIN BATU UBAN

PULAU PINANG, 3 MEI – Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang Kepten Maritim Razali bin Kasim mengadakan kunjungan hormat ke atas Komander Markas Polis Marin (PPM) Batu Uban, iaitu ACP Rusley bin Chi Ari semalam.

Delegasi Maritim Negeri Pulau Pinang disambut oleh Ketua Bahagian Kepolisan Am iaitu DSP Pakharuddin Amri bin Sanusi dan Ketua Operasi, ASP Mohd Puzi bin Din di Markas PPM Batu Uban.

Tujuan lawatan kerja rasmi ini adalah bagi berkongsi perkembangan situasi penguatkuasaan Kawasan Operasi Maritim Malaysia (KOM) terutamanya di perairan negeri Pulau Pinang dan menjadi platform kedua-dua pihak untuk bertukar-tukar pandangan bagi mempertingkatkan kerjasama sebagai sahabat strategik.

Selain itu, tinjauan turut diadakan ke aset-aset serta sesi suai kenal dengan anggota bot dan kapal oleh Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang di jeti PPM Batu Uban.

Dalam pada itu, prasarana bagi keperluan penempatan aset kapal dan bot akan dipertingkatkan demi memantapkan kelangsungan operasi bagi jangka masa panjang.

 

MN PP PPM 2
 
MN PP PPM 3
 
MN PP PPM 4

 

 

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC