19
Jum, Jun

Grid List

MARITIM MALAYSIA LAKSANA MEDEVAC KRU KAPAL PHEONIX JAMNAGAR

LAPAN MANGSA SELAMAT DALAM INSIDEN BOT LAJU TERBALIK DI PANTAI TELUK PASIR, SANTUBONG

MARITIM MALAYSIA LAKSANA MEDEVAC KRU KAPAL CX GEMMA DI PERAIRAN KUCHING

MARITIM MALAYSIA DAN AGENSI DAERAH MERSING LAKSANA OP BERSEPADU PANTAU AKTIVITI ISLAND HOPPING

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

BERITA INTEGRITI 2023

 1. Taklimat pengenalan ISO 37001:2016 Anti Bribery Management System (ABMS) pada 8 Mac 2023 hingga 9 Mac 2023 Bertempat Di Auditorium Aras 11, Ibu Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia  
     
 2. Bengkel Pengurusan Risiko Rasuah (CRM) Dan Analisis Risiko Rasuah Anti Bribery Management System (ABMS) Pada 13 Jun 2023 Hingga 15 Jun 2023 Bertempat Di Grand Beach Hotel, Port Dickson.   
  Picture 1 Picture 2 Picture 3  
     
3. Wacana Integriti Maritime Special Talk (I-Mest) Siri 1/2023 Bersama Bank Islam Bertajuk β€œAmanah Dijunjung Jasa Disanjung” pada 20 Jun 2023 Bertempat Di Auditorium Aras 11, Ibu Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.  
  Picture 4 Picture 5 Picture 6  
     
4. Kursus Pengukuhan Integriti APMM Tahun 2023 Pada 21 Ogos 2023 Hingga 23 Ogos 2023 Bertempat di Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD) UiTM, Tanjung Tualang, Perak.  
  Picture 7 Picture 8 Picture 9  

BERITA INTEGRITI 2024

1.
Pengauditan Pensijilan Anti Bribery Management System (ABMS) Tahap 1 - Semakan Dokumen telah dijalankan pada 18 September 2024 oleh NIOSH. Mesyuarat Pembukaan  Audit Anti Bribery Management System (ABMS) Tahap 1 telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), En. Mohd Norzam bin  Mustapa. Dua orang juruaudit dari NIOSH, Puan Liza binti Sadrek dan Encik Rahmat Bin Karto telah melaksanakan semakan dokumen dengan jayanya. 
 
  Picture 1 Picture 2 Picture 3  
     

PATUHI WAKTU BEKERJA

Patuhi waktu bekerja

BERITA INTEGRITI

π—žπ—¨π—‘π—π—¨π—‘π—šπ—”π—‘ 𝗛𝗒π—₯𝗠𝗔𝗧 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗑 π—œπ—‘π—§π—˜π—šπ—₯π—œπ—§π—œ 𝗗𝗔𝗑 π—£π—˜π— π—”π—§π—¨π—›π—”π—‘ 𝗦𝗧𝗔𝗑𝗗𝗔π—₯𝗗 (π—π—œπ—£π—¦) 𝗣𝗗π—₯𝗠 π—žπ—˜ 𝗔𝗧𝗔𝗦 π—£π—˜π—‘π—šπ—”π—₯𝗔𝗛 π—¨π—‘π—œπ—§ π—œπ—‘π—§π—˜π—šπ—₯π—œπ—§π—œ 𝗔𝗣𝗠𝗠
.
𝗣𝗨𝗧π—₯𝗔𝗝𝗔𝗬𝗔, 𝟡 π—‘π—Όπ˜ƒπ—²π—Ίπ—―π—²π—Ώ – Timbalan Pengarah Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) PDRM Bukit Aman, DCP Dato' Allaudeen bin Abdul Majid telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Unit Integriti Maritim Malaysia, Puan Nor Izahwati binti Ibrahim, di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya pagi tadi.
Kunjungan ini adalah bertujuan bagi menjalinkan hubungan strategik antara Maritim Malaysia dan PDRM untuk berkongsi pengalaman, dasar dan tadbir urus integriti bagi merancang kerjasama yang lebih erat pada masa akan datang.
Turut hadir mewakili JIPS PDRM Bukit Aman ialah Ketua Penolong Pengarah (Risikan/Operasi), SAC Saifullizan bin Ishak, Ketua Penolong Pengarah JIPS (Tadbir Urus/Kepolisan Am), SAC Afandi Bin Senin, Pegawai Turus Risikan, SUPT Ahmad Tarmizi Bin Bastani dan Pegawai Turus Perkhidmatan/Perjawatan, DSP Aida Syeliza Binti Abdul Jalil.
Berita Integriti 1    Berita Integriti 2 
     
Berita Integriti 3    Berita Integriti 4 
     
Berita Integriti 5   Berita Integriti 6

ANTI BRIBERY MANAGEMENT SYSTEM (ABMS)

SENARAI ABMS TAHUN 2024   
1. INFO ABMS 1 - APA ITU ABMS  KLIK UNTUK LIHAT
2.  INFO ABMS 2 - PUNCA ABMS   KLIK UNTUK LIHAT
3.  INFO ABMS 3 - PERANAN SIAPA   KLIK UNTUK LIHAT
4. INFO ABMS 4 - JENIS KESALAHAN RASUAH DAN HUKUMAN  KLIK UNTUK LIHAT
5. INFO ABMS 5 - POLISI PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT  KLIK UNTUK LIHAT
6. INFO ABMS 6 - POLISI KONFLIK KEPENTINGAN  KLIK UNTUK LIHAT
7. INFO ABMS 7 - AUDIT DALAM ABMS APMM  KLIK UNTUK LIHAT
8. INFO ABMS 8 - LANGKAH2 MUAT TURUN POLISI APMM  KLIK UNTUK LIHAT
9. INFO ABMS 9 - POLISI PENGURUSAN HADIAH  KLIK UNTUK LIHAT
10. INFO ABMS 10 - PUTUSKAN RANTAIAN RASUAH  KLIK UNTUK LIHAT
11. INFO ABMS 11 - KOMITMEN WARGA ABMS TERHADAP ABMS  KLIK UNTUK LIHAT
12. INFO ABMS 12 - PERSEDIAAN MENGHADAPI AUDIT ABMS  KLIK UNTUK LIHAT
13. INFO ABMS 13 - POLISI ANTIRASUAH APMM  KLIK UNTUK LIHAT
14.  INFO ABMS 14 - POLISI KONFLIK KEPENTINGAN APMM   KLIK UNTUK LIHAT
15.  INFO ABMS 15 - POLISI PENGARUH LUAR DAN SURAT SOKONGAN APMM   KLIK UNTUK LIHAT
16. INFO ABMS 16 - POLISI PENGURUSAN HADIAH APMM  KLIK UNTUK LIHAT
17. INFO ABMS 17 - POLISI PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT APMM  KLIK UNTUK LIHAT
18. INFO ABMS 18 - AUDIT PENSIJILAN TAHAP 1  KLIK UNTUK LIHAT

        

Lebih banyak artikel..

Grid List

"TIADA KOMPROMI TERHADAP ANCAMAN DI PERAIRAN NEGARA," - MDN TEGAS KOMITMEN KERAJAAN MADANI PERKUKUH MARITIM MALAYSIA

PUTRAJAYA, 11 JUN – Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap sebarang ancaman yang menggugat keselamatan, kedaulatan dan martabat negara, khususnya melibatkan jenayah rentas sempadan, penyeludupan serta pencerobohan perairan negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, selagi ancaman terhadap perairan negara wujud, selagi itulah Kerajaan akan memastikan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memiliki kuasa, kapasiti dan sokongan yang diperlukan bagi melaksanakan tanggungjawab penguatkuasaan secara berkesan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Tahun 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Menurut beliau, keluasan Zon Maritim Malaysia yang meliputi lebih 556,000 kilometer persegi merangkumi laluan strategik seperti Selat Melaka, Laut China Selatan, Laut Sulu dan Laut Sulawesi menjadikan keselamatan maritim sebagai antara keutamaan utama negara.

β€œPerairan negara bukan sekadar laluan air, malah merupakan nadi geopolitik, ekonomi dan keselamatan negara. Justeru, Maritim Malaysia memainkan peranan sebagai benteng hadapan negara dalam memastikan perairan Malaysia kekal selamat, teratur dan bebas daripada ancaman jenayah maritim,” katanya.

Saifuddin berkata, Kerajaan turut komited memperkukuh keupayaan operasi Maritim Malaysia menerusi pelaksanaan beberapa perolehan aset strategik bagi memastikan agensi itu sentiasa bersedia mendepani cabaran keselamatan maritim yang semakin kompleks.

Menurut beliau, Maritim Malaysia dijangka menerima Kapal Misi Pelbagai Guna (MPMS) pertama pada pertengahan tahun 2027, manakala kontrak perolehan MPMS kedua yang dimeterai pada 21 April 2026 dijangka siap dalam tempoh 24 bulan bermula Februari 2026 hingga Januari 2028.

Selain itu, Maritim Malaysia juga bakal menerima empat buah helikopter Agusta Westland AW189 pada tahun ini dengan pesawat pertama dijangka tiba pada Julai 2026, sekali gus meningkatkan keupayaan operasi penguatkuasaan, rondaan maritim serta misi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) di seluruh Zon Maritim Malaysia.

Dalam menghadapi cabaran Krisis Tenaga Global 2026, beliau menegaskan bahawa Kerajaan MADANI tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk penyeludupan, penyelewengan dan ketirisan bekalan bersubsidi yang boleh menjejaskan kepentingan negara serta kesejahteraan rakyat.

Melalui pelaksanaan Op TIRIS 4.0 Segmen Laut yang dilaksanakan secara bersepadu bersama PDRM-PPM, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Laut Malaysia dan Jabatan Perikanan Malaysia yang bermula pada 16 Mac lalu, Maritim Malaysia telah berjaya merekodkan 30 kes dengan nilai rampasan melebihi RM5.74 juta sehingga 1 Jun 2026.

β€œKejayaan ini membuktikan komitmen berterusan Maritim Malaysia dalam memastikan diesel, petrol dan barangan bersubsidi tidak diseleweng ke luar negara atau disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Ia juga mencerminkan sokongan padu Maritim Malaysia terhadap aspirasi Kerajaan MADANI dalam memerangi ketirisan serta menjamin kemakmuran negara” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa perkembangan geopolitik global yang memberi kesan kepada laluan strategik antarabangsa seperti Selat Hormuz telah meningkatkan kepentingan Selat Melaka sebagai antara laluan perdagangan dan perkapalan paling penting di dunia.

Justeru, katanya, Maritim Malaysia memikul tanggungjawab yang amat besar untuk memastikan Selat Melaka dan perairan negara kekal selamat, teratur serta bebas daripada ancaman jenayah maritim demi menjamin kelancaran perdagangan antarabangsa serta kestabilan ekonomi negara dan serantau.

Sementara itu, majlis berkenaan turut menyaksikan seramai 254 warga Maritim Malaysia dari seluruh Semenanjung Malaysia menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025 sebagai pengiktirafan terhadap prestasi, dedikasi dan komitmen tinggi dalam melaksanakan amanah menjaga keselamatan serta kedaulatan perairan negara.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, YBhg. Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah berkata, β€œpengiktirafan tersebut bukan sekadar penghargaan kepada pencapaian individu, malah mencerminkan budaya kerja berprestasi tinggi yang terus menjadi tunjang kecemerlangan organisasi”.

Pada tahun 2025, seramai 390 warga Maritim Malaysia di seluruh negara telah dipilih sebagai penerima APC berbanding 372 orang pada tahun sebelumnya. Majlis tersebut turut dihadiri pengurusan tertinggi KDN dan Maritim Malaysia serta warga Maritim Malaysia.




hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC