22
Rab, Apr

Grid List

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN

MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI

VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI

NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT

BOT NELAYAN PUKAT TUNDA DITAHAN MILIKI ALAT KOMUNIKASI TIDAK BERDAFTAR

ALOR SETAR, 16 Januari – Zon Maritim Kuala Kedah berjaya menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C kerana memiliki alat komunikasi tidak berdaftar di kedudukan sekitar 2.6 batu nautika barat daya muara Kuala Kedah pada jam 6.25 petang, semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti binti Ishak berkata, tangkapan bot nelayan tempatan berkenaan dilakukan oleh bot ronda Maritim Malaysia ketika rondaan khas OP MARDOF di sekitar perairan Kuala Kedah.

Hasil pemeriksaan mendapati, bot nelayan yang dalam perjalanan menuju ke laut itu memiliki alat komunikasi jenis radio frekuensi sangat tinggi (VHF) yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Bot itu ditahan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 kerana menggunakan peralatan komunikasi yang tidak dibenarkan tanpa memiliki sebarang surat kebenaran penggunaannya.

Bot terbabit juga telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dengan melanggar syarat sah lesen pemilikan alat perhubungan komunikasi tanpa kelulusan bertulis daripada agensi kerajaan.

Bot bersama seorang tekong dan tiga kru warga Thailand itu ditahan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk tindakan lanjut.

Kes akan disiasat di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 kerana tidak mempunyai surat kebenaran menggunakan alat komunikasi dan Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen.

Maritim Malaysia akan terus komited dan menggandakan usaha dalam melakukan operasi dan pemantauan di sepanjang perairan negara dari semasa ke semasa bagi membendung sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang terutamanya menjelang musim perayaan aidilfitri tidak lama lagi.

Sekiranya terdapat sebarang aduan mengenai aktiviti jenayah atau kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579.

 

PUKAT KOM 2

EMPAT WARGA INDONESIA DISYAKI SELUDUP MINYAK DITAHAN

PONTIAN, 15 Januari – Cubaan menyeludup minyak oleh sekumpulan warga Indonesia telah digagalkan oleh bot ronda Maritim Malaysia berikutan penahanan empat lelaki warga Indonesia di perairan Tanjung Piai, Johor sekitar 6.00 pagi tadi.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam bin Zakaria berkata, cubaan menyeludup minyak yang disyaki diesel dilakukan oleh empat lelaki warga Indonesia berumur di antara 33 tahun hingga 50 tahun dengan menggunakan sebuah bot kayu tanpa tanda nama di kedudukan 3.5 batu nautika tenggara Tanjung Piai.

Jelas beliau, bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rondaan operasi telah mengesan bot kayu dalam keadaan mencurigakan sekitar pukul 5.30 pagi sebelum melakukan pemeriksaan lanjut terhadap bot kayu tersebut.

Hasil pemeriksaan mendapati kesemua suspek tidak mempunyai pengenalan diri dan membawa sekitar 1,880 liter bahan bakar disyaki diesel di dalam tong minyak pelbagai saiz.

Kesemua suspek dan bot kayu telah ditahan serta dibawa ke Jeti Maritim Sungai Pulai bagi siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Kastam 1967, Minyak disyaki diesel sebanyak 1,880 liter turut disita. Untuk perbandingan, minyak diesel di Malaysia berharga RM2.15 seliter manakala di Indonesia berharga sekitar RM4.49 seliter.

 

PATI PONTIAN 3
 
PATI PONTIAN 4

CUBAAN SELUDUP MASUK MINUMAN KERAS DAN ROKOK GAGAL

LAHAD DATU, 14 Januari – Zon Maritim Lahad Datu berjaya menahan sebuah bot enjin sangkut warna hijau tanpa nombor pendaftaran dalam keadaan mencurigakan kira-kira 0.5 batu nautika di kawasan Barat Daya rumah api Tanjung Labian kerana disyaki cuba menyeludup masuk minuman keras dan rokok pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Nik Mohd Rizam bin Nik Mohd Fauzi berkata, bot ronda Maritim Malaysia berjaya mengesan sebuah bot enjin sangkut setelah menerima maklumat awam kira-kira pada jam 4.50 pagi.

Ujar Nik Mohd Rizam, menyedari kehadiran bot ronda Maritim Malaysia, bot suspek telah memecut laju ke arah daratan berdekatan namun dua suspek berjaya meloloskan diri dengan terjun di perairan cetek.

Hasil pemeriksaan ke atas bot mendapati terdapat sebanyak 24 botol dan dua tin minuman keras pelbagai jenama serta 70 kotak rokok dipercayai cuba diseludup masuk dari Filipina.

Kesemua barang rampasan, bot dan sebuah enjin sangkut dianggarkan berjumlah RM 20 ribu dirampas untuk disiasatan di bawah Akta Kastam 1967.

Sebarang aduan, aktiviti jenayah atau insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh melaporkannya kepada Maritim Malaysia menerusi talian 089-885727 (Pusat Operasi Lahad Datu) atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

ARAK LAHAD DATU 2
 
 ARAK LAHAD DATU 3

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH HUBUNGAN STRATEGIK PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA – BRUNEI

PUTRAJAYA, 16 Januari – Maritim Malaysia sentiasa memandang serius berhubung aktiviti jenayah rentas sempadan terutamanya yang berkait rapat dengan negara-negara jiran.

Justeru pagi tadi telah diadakan satu lawatan kunjungan hormat antara Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid bin Haji Mohd Amin ke atas Pesuruhjaya Tinggi Brunei ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Brigadier General (Bersara) Dato Paduka Haji Mahmud bin Haji Saidin di Suruhanjaya Tinggi Brunei di Malaysia, Putrajaya.

Antara intipati pertemuan tersebut adalah kerjasama daripada aspek perkongsian maklumat, pembangunan kapasiti dan keselamatan di antara badan penguat kuasa maritim antara Malaysia dan Brunei.

Turut hadir mengiringi Ketua Pengarah ialah Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Maritim, Laksamana Pertama Maritim Ahmad Faridi bin Ferdaus, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan, Kepten Maritim Nor Bakari bin Abu Bakar serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perisikan Maritim (MIND), Kepten Maritim Razali bin Kasim.

 

WhatsApp Image 2024 01 16 at 12.06.11 PM   WhatsApp Image 2024 01 16 at 12.06.12 PM   WhatsApp Image 2024 01 16 at 12.06.38 PM   WhatsApp Image 2024 01 16 at 12.06.38 PM 1

GUNA DOKUMEN MERAGUKAN, LIMA PATI WARGA MYANMAR DITAHAN

ALOR SETAR, 13 Januari – Lima lelaki disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam satu pemeriksaan yang dilakukan ke atas sebuah feri penumpang di kedudukan 6.6 batu nautika barat laut muara Kuala Kedah pada pukul 3.45 petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti binti Ishak berkata, bot ronda, PERKASA 1226 sedang melaksanakan rondaan rutin Op Aman di sekitar perairan Kuala Kedah sebelum menerima maklumat risikan dan menahan feri berkenaan yang dalam perjalanan dari Pulau Langkawi ke Kuala Kedah.

Ketika pemeriksaan dilakukan ke atas feri berkenaan, anggota penguat kuasa mendapati lima orang warga Myanmar hanya memiliki sekeping kad yang meragukan kerana kad terbabit tidak mempunyai data pengenalan diri dan dokumen perjalanan yang sah.

Berikutan itu, kesemua PATI terbabit disyaki telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 2002) yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih dari RM10 ribu atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-dua sekali dan sebatan tidak lebih dari enam kali, jika disabit kesalahan.

Kesemua mereka ditahan dan dibawa ke Pejabat Zon Maritim Kuala Kedah untuk siasatan lanjut.

Pihak Zon Maritim Kuala Kedah mengalu-alukan orang ramai bagi melaporkan sebarang aktiviti jenayah atau kecemasan di laut melalui saluran talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579.

 

PATI KEDAH

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026

KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.

“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.

Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.

Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.

Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.

Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.

Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.

Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.

OSTEX MARITIM
 
OSTEX MARITIM2
 
OSTEX MARITIM4
 
OSTEX MARITIM6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC