22
Rab, Apr

Grid List

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN

MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI

VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI

NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT

KAPAL TANGKI TANPA DOKUMEN SAH DITAHAN ZON MARITIM MIRI

MIRI, 29 MEI – Zon Maritim Miri menahan sebuah kapal tangki pada kedudukan 2.1 batu nautika barat laut Kuala Miri.

Kapal itu ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 iaitu gagal mengemukakan dokumen yang sah dan AktaKawalan Bekalan 1963 iaitu tiada surat Control Supplies Act (CSA) serta sijil Petroleum Development Act (PDA) pada awal pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad berkata, kapal tangki itu ditahan ketika bot ronda Maritim Malaysia melaksanakan OP PERMAI 01/2019 dan OP TIRIS 3.0 di perairan Miri.

Hasil pemeriksaan dan penggeledahan mendapati, kapal tangki itu dikendalikan oleh nakhoda (Master) warga tempatan dan tiga kru warga Indonesia.

Kesemua kru dan kapal yang ditahan diiring ke Jeti Pusat Tahanan Vesel (PTV) Miri untuk tindakan lanjut.

Sebarang aduan dan kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi talian Malaysian Emergency Response Services (MERS) 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Miri di talian 085-418204 / Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak 082-432544/ 082-432016 untuk maklum balas segera.

 

KARGO MIRI 2

TIGA WARGA MYANMAR BERSAMA BOT DITAHAN DAN 51 UNIT BUBU NAGA DIRAMPAS

KUALA KURAU, 29 MEI – Zon Maritim Kuala Kurau menahan sebuah bot nelayan tempatan tanpa nombor pendaftaran bersama tiga nelayan warga Myanmar di kedudukan 2.5 batu nautika barat daya Pulau Kalumpang kerana disyaki melanggar pelbagai syarat sah lesen petang tadi.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau Komander Maritim Mohd Najhan bin Azman Hamid berkata, bot itu dikesan bot ronda Maritim Malaysia ketika rondaan rutin di perairan Kerian dan Larut Matang.

Hasil pemeriksaan menemukan seramai tiga nelayan warga Myanmar termasuk tekong tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah berada di bot terbabit.

Pemeriksaan lanjut mendapati bot tidak didaftarkan dan terdapat 51 unit bubu naga di atas bot dipercayai digunakan sebagai peralatan menangkap ikan.

Kesemua nelayan bersama bot ditahan dan bubu naga dirampas sebelum dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia.

Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri yang sah dan Akta Perikanan 1985 kerana bot tiada nombor pendaftaran serta menggunakan peralatan menangkap ikan tanpa kebenaran bertulis dari Ketua Pengarah Perikanan.

Sebarang aduan, salah laku dan insiden kecemasan yang berlaku di laut, orang ramai boleh melaporkan kepada Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau di talian 05-7279919 atau MERS 999 untuk tindakan segera.

 

KURAU NELAYAN

ZON MARITIM TAWAU TAHAN BOT KARGO MUAT BARANG KAWALAN TANPA PERMIT .

TAWAU, 28 MEI – Zon Maritim Tawau menahan sebuah bot kargo yang membawa muatan pelbagai barang kawalan pada jam 10.00 pagi semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Shahrizan bin Raman berkata, bot ronda Maritim Malaysia dalam OP PLUTO TIMUR dan OP TIRIS berjaya mengesan sebuah bot kargo mencurigakan bergerak keluar dari Perairan Tanjung Batu menuju ke Perairan Pulau Sebatik.

Pemeriksaan awal ke atas bot yang ditahan di kedudukan 1.5 batu nautika utara Sungai Pukol itu mendapati, seorang lelaki warga tempatan berumur 40 tahun bertindak selaku juragan bot mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Hasil pemeriksaan menyeluruh ke atas bot mendapati, bot itu membawa muatan 48 kilogram gula pasir, 34 kilogram minyak masak, dua tong gas LPG dan tiga gelen minyak petrol dalam anggaran 90 liter tanpa sebarang permit yang sah.

Bot kargo, muatan serta juragan bot terbabit seterusnya ditahan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk siasat di bawah Akta Kastam 1967 dan Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana tidak memiliki permit.

Kesemua barang rampasan termasuk bot kargo, enjin dan muatan yang dianggarkan bernilai RM24 ribu ditahan untuk siasatan lanjut.

Maritim Malaysia akan terus memperkasakan tugas penguatkuasaan dan mengoptimumkan pengoperasian bagi membanteras aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang di Zon Maritim Malaysia khususnya di perairan Timur Sabah (ESSZONE) dan sebarang maklumat boleh disalurkan ke talian MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

BOT KARGO TAWAU
 
BOT KARGO TAWAU 3

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP DAGING HAIWAN TERANCAM BERNILAI LEBIH RM500 RIBU

KUDAT, 29 MEI – Zon Maritim Kudat telah berjaya mematahkan cubaan seludup daging jenis spesies terancam di perairan Kudat, semalam.

Pengarahnya, Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata, bertindak atas maklumat sebuah bot ronda Maritim Malaysia yang sedang menjalankan rondaan OP PLUTO TIMUR / OP TIRIS di sekitar perairan Kudat telah diatur gerak ke kawasan pesisir pantai lebih kurang 0.5 batu nautika Timur Laut Kampung Tajau Laut, Kudat bagi memeriksa sebuah bot yang sedang melakukan aktiviti mencurigakan dalam kejadian sekitar pukul 10.27 malam semalam.

Kawasan cetek di kawasan terbabit telah menyukarkan bot ronda untuk menghampiri bot terbabit untuk membuat pemeriksaan. Menyedari kehadiran penguat kuasa Maritim Malaysia, suspek bertindak meloloskan diri di kawasan cetek berhampiran.

Aset dari darat telah diatur gerak ke lokasi untuk membuat pemeriksaan di kawasan terbabit kerana bot ronda tidak dapat merapat di kawasan pantai.

Hasil pemeriksaan menemui sejumlah 51 guni berisi daging penyu kering dianggarkan seberat 765 kilogram. Daripada jumlah terbabit dianggarkan lebih kurang 1,000 ekor penyu telah dibunuh oleh sindiket ini. Selain itu 19 guni balat juga turut ditemui. Kesemua barang yang ditemui dipercayai cuba diseludup untuk pasaran ke negara luar.

Nilai keseluruhan barang rampasan dianggarkan bernilai lebih RM500 ribu. Semua barang rampasan dibawa ke Pejabat Zon Maritim Kudat untuk siasatan lanjut. Kes disiasat dibawah Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 (cubaan menyeludup daging haiwan spesies terancam).

Zon Maritim Kudat menyeru kepada masyarakat khususnya komuniti maritim di Kudat untuk sama-sama membantu Maritim Malaysia dengan melaporkan sebarang salah laku atau kegiatan jenayah yang berlaku di laut kepada Maritim Malaysia di talian 088-611858 (Pusat Operasi Kudat) dan talian MERS 999 yang beroperasi 24 jam.

 

KUDAT SELUDUP 
 
KUDAT SELUDUP 3

MARITIM NEGERI PERAK RAMPAS 25 SET BUBU NAGA

LUMUT, 28 MEI – Sebanyak 25 set bubu naga atau bubu kamban dirampas Maritim Negeri Perak di kedudukan sekitar 0.7 batu nautika dari timur laut Pulau Talang kira-kira pada jam 5.40 petang semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, kesemua bubu itu dikesan oleh bot ronda Maritim Malaysia ketika rondaan melalui penemuan bendera serta botol minuman yang dijadikan pelampung yang diikat pada pancang kayu di lokasi itu.

Tinjauan secara dekat mengesahkan objek yang terapung itu merupakan penanda kepada bubu naga yang dipasang pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kesemua bubu naga itu dianggarkan bernilai hampir RM2 ribu dirampas sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Pemilik bubu naga boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan.

Jika disabitkan kesalahan, individu yang melakukan kesalahan berkenaan akan dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM20 ribu atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Sebarang maklumat terhadap pelanggaran undang-undang di laut, orang ramai boleh menghubungi talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 untuk tindakan segera.

 

WhatsApp Image 2024 05 28 at 1.49.06 PM
 
WhatsApp Image 2024 05 28 at 1.49.06 PM 1

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026

KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.

“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.

Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.

Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.

Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.

Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.

Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.

Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.

OSTEX MARITIM
 
OSTEX MARITIM2
 
OSTEX MARITIM4
 
OSTEX MARITIM6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC