NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT
BUBU NAGA PEROSAK EKOSISTEM LAUT DIRAMPAS MARITIM MALAYSIA
KUALA LINGGI, 29 April - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Melaka dan Negeri Sembilan telah menjumpai dan merampas 3 set bubu naga di sekitar perairan Klebang, semalam.
Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Haris Fadzillah bin Abdullah berkata, pihaknya turut menerima aduan awam mengenai penggunaan bubu naga oleh segelintir nelayan di perairan Melaka.
Berikutan itu operasi mengesan bubu naga telah dilakukan dan sekitar jam 2.00 petang semalam, bot ronda Maritim telah menemui botol-botol air mineral terapung di permukaan air dan mencurigakan.
Pemeriksaan mendapati, botol air mineral itu merupakan penanda kepada lokasi pemasangan bubu naga. Berikutan itu, tim ronda telah mengesan dan menemui bubu naga di tiga lokasi berasingan sekitar kedudukan 1.0 batu nautika barat muara Sungai Lereh, Klebang, Melaka.
Kesemua bubu naga yang dijumpai itu telah rampas kerana penggunaannya adalah tidak dibenarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia sejak November 2018 dan penggunaan bubu naga boleh menyebabkan perairan Malaysia akan mengalami masalah kekurangan hasil laut kerana benih dan ikan kecil turut terperangkap dalam bubu naga yang dipasang secara haram.
MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026
KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.
Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.
“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.
Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.
Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.
Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.
Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.
Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.
Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.