21
Sel, Jul

Grid List

MEDEVAC : MARITIM MALAYSIA SELAMATKAN PELANCONG DENMARK DARI PULAU TIOMAN

PENGUATKUASAAN BERTERUSAN: CUBAAN SELUDUP PETROL BERSUBSIDI DIPATAHKAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN BOT KARGO KAYU BAKAU DI KUALA SEPETANG

OPS JERJAK SAMUDERA 2.0: MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESELAMATAN PEMINDAHAN 190 PROSPEK PENJARA

SAREX AIR REGION 2-26 PERKUKUH KESIAPSIAGAAN ANTARA AGENSI CARILAMAT

MARITIM MALAYSIA DAN JLM PERKUKUH SINERGI STRATEGIK OPERASI BERSAMA

MARITIM MALAYSIA LAKSANA OPERASI MEDEVAC, SELAMATKAN DUA PESAKIT KRITIKAL DARI PULAU TIOMAN

BOT FIBER TIDAK BERDAFTAR, TIGA PATI DITAHAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN PULAU KETAM

OPS JERJAK SAMUDERA 2.0: MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESELAMATAN PEMINDAHAN 190 PROSPEK PENJARA

MIRI, 17 Julai – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Ibu Pejabat Maritim Zon (IPMZ) Miri telah melaksanakan operasi pengiringan keselamatan sempena Ops Jerjak Samudera 2.0 bagi pemindahan seramai 190 prospek dari Penjara Pusat Miri ke Penjara Pusat Limbang menggunakan laluan laut, awal pagi semalam.

Pengarah Maritim Zon Miri, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata, konvoi pemindahan yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Keselamatan dan Ketenteraman Penjara, Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Timbalan Komisioner Penjara (TKP) Haji Mohd Nasir Yusof itu berlepas dari Jeti IPMZ Miri pada jam 3.15 pagi dengan kawalan keselamatan yang rapi bagi memastikan perjalanan berlangsung dengan selamat, lancar dan teratur.

Bagi menjayakan operasi tersebut, Maritim Malaysia menggerakkan beberapa aset, iaitu KM TEGAS, Bot KILAT 41, Bot KILAT 42 dari IPMZ Miri serta Bot PETIR 10. Operasi turut mendapat sokongan Pasukan Polis Marin (PPM) menerusi penglibatan Bot RH66 yang membantu memperkukuh kawalan keselamatan sepanjang laluan pelayaran.

"Hasil penyelarasan operasi secara bersepadu antara aset yang terlibat telah memastikan aspek keselamatan sepanjang proses pemindahan berada pada tahap optimum, sekali gus menjamin kelancaran operasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan," katanya.

Menurut beliau, pelaksanaan Ops Jerjak Samudera 2.0 membuktikan keberkesanan kerjasama strategik antara Maritim Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia dan Pasukan Polis Marin dalam melaksanakan operasi keselamatan yang melibatkan pengangkutan laut.

"Sinergi antara agensi bukan sahaja memperkukuh penyelarasan operasi, malah meningkatkan keupayaan pengurusan keselamatan maritim dalam menyokong pelaksanaan operasi berisiko tinggi yang melibatkan aspek keselamatan dan ketenteraman awam," katanya lagi.

Maritim Malaysia akan terus komited melaksanakan tanggungjawab sebagai agensi utama penguatkuasaan maritim negara dengan memperkukuh kesiapsiagaan aset dan anggota, di samping memberikan sokongan penuh terhadap operasi keselamatan negara bagi memastikan keselamatan, keamanan dan kedaulatan Zon Maritim Malaysia sentiasa terpelihara.

Grid List

SUMS CIPTA PENGALAMAN BERMAKNA BUAT ANAK-ANAK LILTLE CALIPHS

SUBANG, 17 Julai – Pendidikan awal mengenai peranan agensi keselamatan negara terus diperkasa melalui lawatan sambil belajar seramai 50 orang pelajar dan 10 guru Tadika Khalifah Puncak Alam (Little Caliphs) ke Stesen Udara Maritim Subang (SUMS) hari ini.

Delegasi lawatan disambut mesra oleh wakil Ketua Stesen Udara Maritim Subang, Komander Maritim Mohd. Hafizi bin Hj. Mohd. Nor bersama pegawai dan anggota Stesen Udara Maritim Subang (SUMS).

Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial dan penglibatan komuniti Maritim Malaysia dalam usaha memperkukuh hubungan dengan masyarakat serta meningkatkan kesedaran mengenai peranan penting Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan maritim negara.

Sepanjang lawatan, para peserta didedahkan kepada pelbagai pengisian interaktif termasuk pameran mengenai fungsi dan peranan Operasi Udara Maritim Malaysia, demonstrasi tugas mencari dan menyelamat (SAR), pengenalan kepada aset-aset udara yang digunakan dalam operasi harian serta penerangan berkaitan aspek keselamatan di laut.

Pendedahan ini bukan sahaja memberi kefahaman tentang kepentingan keselamatan maritim, malah menyemai minat serta penghargaan terhadap pengorbanan warga Maritim Malaysia dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan perairan negara.

Kemuncak program menyaksikan para pelajar berpeluang melawat hangar dan melihat sendiri aset udara Maritim Malaysia dari jarak dekat. Mereka turut diberi peluang memasuki pesawat operasi, sekali gus merasai pengalaman sebenar suasana operasi udara maritim.

Pengalaman eksklusif ini memberi impak yang signifikan kepada para peserta dengan membuka perspektif baharu mengenai kerjaya, peranan dan keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan misi penguatkuasaan, pemantauan serta operasi mencari dan menyelamat demi keselamatan negara.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC