10
Rab, Jun

Grid List

MARITIM MALAYSIA LAKSANA MEDEVAC KRU KAPAL PHEONIX JAMNAGAR

LAPAN MANGSA SELAMAT DALAM INSIDEN BOT LAJU TERBALIK DI PANTAI TELUK PASIR, SANTUBONG

MARITIM MALAYSIA LAKSANA MEDEVAC KRU KAPAL CX GEMMA DI PERAIRAN KUCHING

MARITIM MALAYSIA DAN AGENSI DAERAH MERSING LAKSANA OP BERSEPADU PANTAU AKTIVITI ISLAND HOPPING

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA DIPERAIRAN SELANGOR

PELABUHAN KLANG, 31 DISEMBER โ€“ Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor menahan sebuah kapal minyak di perairan negeri ini, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh berkata, tangkapan dilakukan atas aduan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK). Bot ronda yang bertugas telah diaturgerak ke lokasi kapal tersebut.

Jelas beliau, kapal tangki tersebut ditahan pada pukul 3.00 petang semalam di kedudukan 0.9 batu nautika barat Pelabuhan Klang. Pemeriksaan mendapati vesel itu dikendalikan seorang nahkoda bersama empat kru, kesemua mereka warga Indonesia yang berumur antara 21 hingga 59 tahun.

โ€œKesemua kru mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah, walau bagaimanapun nakhoda kapal gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh dan disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 491B (1) (l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana bersauh tanpa kebenaran dari Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia,โ€ tambah Abdul Muhaimin.

Beliau turut memaklumkan, perintah penahanan ke atas kapal tersebut telah dikeluarkan dan nahkoda kapal telah dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor untuk siasatan lanjut.

Tegas Abdul Muhaimin, Maritim Malaysia sentiasa memandang serius ke atas pematuhan undang-undang dan tindakan sewajarnya akan diambil demi memastikan kesejahteraan perairan negara khususnya perairan Negeri Selangor sentiasa terpelihara.

Dalam pada itu, pengusaha perkapalan atau pemilik kapal dinasihatkan untuk memohon kebenaran bersauh daripada Jabatan Laut Malaysia dan perlu mengikut peraturan yang ditetapkan sebelum melakukan sebarang aktiviti di perairan Malaysia.

Beliau turut menyeru orang ramai, khususnya komuniti maritim, agar menyalurkan sebarang maklumat atau aduan berhubung aktiviti mencurigakan di laut menerusi talian kecemasan 999 atau terus ke Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 013-660 6652 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia di talian 03-8995 7820 untuk tindakan segera.

TANGKI SEL2

Grid List

ISTIADAT MENGARAK PANJI-PANJI SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YDPA SULTAN IBRAHIM

PUTRAJAYA, 5 JUN โ€“ Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hari ini menghadiri Istiadat Mengarak Panji-Panji sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Tahun 2026 yang berlangsung dengan penuh adat istiadat, tradisi ketenteraan serta gilang-gemilang di Dataran Pahlawan Negara, di sini pagi tadi.

Maritim Malaysia telah diwakili oleh Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim bersama barisan pengarah-pengarah bahagian serta pegawai-pegawai kanan agensi melibatkan seramai 30 pegawai.

Istiadat bersejarah ini bukan sahaja melambangkan kedaulatan Institusi Raja Berperlembagaan, malah menjadi manifestasi kesetiaan, patriotisme dan penghormatan yang tidak berbelah bahagi seluruh warga perkhidmatan awam serta pasukan beruniform kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Utama Negara.

Sebagai agensi penguatkuasaan maritim utama negara, Maritim Malaysia sentiasa menjunjung tinggi prinsip taat setia, integriti dan profesionalisme dalam melaksanakan amanah menjaga keselamatan, keamanan serta kedaulatan Zon Maritim Malaysia demi kepentingan negara dan rakyat.

Penyertaan Maritim Malaysia dalam istiadat ini turut mencerminkan komitmen berterusan agensi dalam mendukung aspirasi negara serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam mempertahankan kedaulatan dan kesejahteraan tanah air.

Seluruh warga Maritim Malaysia merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah dan menjunjung kasih ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda Tahun 2026.

๐——๐—ถ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜†๐˜‚ ๐—ง๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐—ธ๐˜‚,

๐——๐—ฎ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐˜ ๐—ง๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐—ธ๐˜‚!

MENGARAK PANJI
 
MENGARAK PANJI2
 
MENGARAK PANJI7
 
MENGARAK PANJI8

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC