13
Sab, Jun

Grid List

MARITIM MALAYSIA LAKSANA MEDEVAC KRU KAPAL PHEONIX JAMNAGAR

LAPAN MANGSA SELAMAT DALAM INSIDEN BOT LAJU TERBALIK DI PANTAI TELUK PASIR, SANTUBONG

MARITIM MALAYSIA LAKSANA MEDEVAC KRU KAPAL CX GEMMA DI PERAIRAN KUCHING

MARITIM MALAYSIA DAN AGENSI DAERAH MERSING LAKSANA OP BERSEPADU PANTAU AKTIVITI ISLAND HOPPING

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

MENJAGA KESUCIAN, MEMELIHARA KESELAMATAN

KEMAMAN, 18 OKTOBER โ€“ Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Zon Maritim Kemaman telah menzahirkan komitmen terhadap tanggungjawab sosial dan keagamaan dengan menyertai Misi Pelepasan Abu Al-Quran Kali Ke-24 yang dianjurkan oleh Yayasan Mahabbah Malaysia Berhad bersama Pusat Pemurnian Mushaf Al-Quran di perairan Kemaman, semalam.

Misi berkenaan melibatkan seramai 20 orang peserta dengan pelaksanaan pelepasan dua tan abu Al-Quran ke laut secara teratur dan berprosedur, berlandaskan garis panduan yang ditetapkan bagi memelihara kesucian serta kehormatan kitab suci Al-Quran.

Bagi memastikan kelancaran dan keselamatan pelaksanaan misi, Maritim Malaysia telah menugaskan sebuah aset bot bersama anggota operasi untuk memberikan kawalan keselamatan serta pengiring sepanjang proses pelepasan dijalankan.

Langkah ini mencerminkan iltizam berterusan Maritim Malaysia dalam memperkukuh jaringan kerjasama strategik dengan badan bukan kerajaan (NGO), di samping mendukung usaha memperkasa nilai keagamaan dan kemasyarakatan secara berhemah serta beretika.

Menurut Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Abdul Halim Bin Hamzah, penglibatan Maritim Malaysia dalam misi ini bukan sahaja menyokong inisiatif pemeliharaan kesucian Al-Quran, malah memperlihatkan keprihatinan agensi terhadap keselamatan dan keteraturan sebarang aktiviti yang dilaksanakan di perairan negara.

โ€œMaritim Malaysia sentiasa bersedia menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak bagi memastikan setiap aktiviti di laut berlangsung dalam keadaan selamat, berprosedur dan mematuhi undang-undang. Dalam misi kali ini, aspek kesucian, keselamatan dan pematuhan tatacara menjadi keutamaan,โ€ jelas beliau.

Maritim Malaysia akan terus mempergiat usaha memperkukuh kolaborasi dengan pelbagai agensi dan organisasi dalam memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terjamin serta menyokong aktiviti kemasyarakatan yang memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

 

ABU QURAN KEMAMAN
 
ABU QURAN KEMAMAN3
Grid List

ISTIADAT MENGARAK PANJI-PANJI SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YDPA SULTAN IBRAHIM

PUTRAJAYA, 5 JUN โ€“ Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hari ini menghadiri Istiadat Mengarak Panji-Panji sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Tahun 2026 yang berlangsung dengan penuh adat istiadat, tradisi ketenteraan serta gilang-gemilang di Dataran Pahlawan Negara, di sini pagi tadi.

Maritim Malaysia telah diwakili oleh Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim bersama barisan pengarah-pengarah bahagian serta pegawai-pegawai kanan agensi melibatkan seramai 30 pegawai.

Istiadat bersejarah ini bukan sahaja melambangkan kedaulatan Institusi Raja Berperlembagaan, malah menjadi manifestasi kesetiaan, patriotisme dan penghormatan yang tidak berbelah bahagi seluruh warga perkhidmatan awam serta pasukan beruniform kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Utama Negara.

Sebagai agensi penguatkuasaan maritim utama negara, Maritim Malaysia sentiasa menjunjung tinggi prinsip taat setia, integriti dan profesionalisme dalam melaksanakan amanah menjaga keselamatan, keamanan serta kedaulatan Zon Maritim Malaysia demi kepentingan negara dan rakyat.

Penyertaan Maritim Malaysia dalam istiadat ini turut mencerminkan komitmen berterusan agensi dalam mendukung aspirasi negara serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam mempertahankan kedaulatan dan kesejahteraan tanah air.

Seluruh warga Maritim Malaysia merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah dan menjunjung kasih ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda Tahun 2026.

๐——๐—ถ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜†๐˜‚ ๐—ง๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐—ธ๐˜‚,

๐——๐—ฎ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐˜ ๐—ง๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐—ธ๐˜‚!

MENGARAK PANJI
 
MENGARAK PANJI2
 
MENGARAK PANJI7
 
MENGARAK PANJI8

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC