10
Rab, Jun

Grid List

MARITIM MALAYSIA LAKSANA MEDEVAC KRU KAPAL PHEONIX JAMNAGAR

LAPAN MANGSA SELAMAT DALAM INSIDEN BOT LAJU TERBALIK DI PANTAI TELUK PASIR, SANTUBONG

MARITIM MALAYSIA LAKSANA MEDEVAC KRU KAPAL CX GEMMA DI PERAIRAN KUCHING

MARITIM MALAYSIA DAN AGENSI DAERAH MERSING LAKSANA OP BERSEPADU PANTAU AKTIVITI ISLAND HOPPING

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, KRU WARGA ASING TIADA DOKUMEN SAH

KUANTAN, 10 SEPTEMBER โ€“ Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang menahan sebuah vesel nelayan (VNT) tempatan kelas C kerana didapati melanggar syarat sah lesen dalam operasi bersepadu di perairan Kuala Kuantan, pagi tadi.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, bot peronda Maritim Malaysia mengesan vesel terbabit dalam keadaan mencurigakan ketika bersauh kira-kira 2.9 batu nautika dari tenggara Kuala Kuantan sebelum ditahan pada pukul 9.50 pagi menerusi operasi Preventive SAR dan OP MAKMUR .

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat lima kru warga Myanmar berusia antara 32 hingga 45 tahun. Seorang daripadanya memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang telah tamat tempoh, manakala empat lagi langsung tidak memiliki dokumen sah daripada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).โ€

โ€œKesemua mereka juga gagal mengemukakan permit kerja daripada Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), katanya lagi.

Jelas beliau, kes berkenaan akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63. Vesel terbabit bersama kru, peralatan menangkap ikan, dokumen serta hasil laut yang dianggarkan seberat 720 kilogram dibawa ke Jeti Penerpa Kuantan Slipway untuk siasatan lanjut oleh Pegawai Penyiasat Maritim.

Laksamana Pertama Maritim Mazlan turut menegaskan, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang kesalahan yang menyalahi undang-undang khususnya membabitkan pencerobohan serta pelanggaran syarat lesen perikanan di perairan negara.

Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mengambil mudah undang-undang sedia ada, katanya.

Dalam masa sama, beliau menyeru orang ramai khususnya komuniti nelayan supaya menyalurkan maklumat berhubung sebarang kegiatan mencurigakan atau jenayah maritim melalui Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.


VESEL MAKMUR2
 
VESEL MAKMUR3
 
VESEL MAKMUR4



Grid List

ISTIADAT MENGARAK PANJI-PANJI SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YDPA SULTAN IBRAHIM

PUTRAJAYA, 5 JUN โ€“ Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hari ini menghadiri Istiadat Mengarak Panji-Panji sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Tahun 2026 yang berlangsung dengan penuh adat istiadat, tradisi ketenteraan serta gilang-gemilang di Dataran Pahlawan Negara, di sini pagi tadi.

Maritim Malaysia telah diwakili oleh Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim bersama barisan pengarah-pengarah bahagian serta pegawai-pegawai kanan agensi melibatkan seramai 30 pegawai.

Istiadat bersejarah ini bukan sahaja melambangkan kedaulatan Institusi Raja Berperlembagaan, malah menjadi manifestasi kesetiaan, patriotisme dan penghormatan yang tidak berbelah bahagi seluruh warga perkhidmatan awam serta pasukan beruniform kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Utama Negara.

Sebagai agensi penguatkuasaan maritim utama negara, Maritim Malaysia sentiasa menjunjung tinggi prinsip taat setia, integriti dan profesionalisme dalam melaksanakan amanah menjaga keselamatan, keamanan serta kedaulatan Zon Maritim Malaysia demi kepentingan negara dan rakyat.

Penyertaan Maritim Malaysia dalam istiadat ini turut mencerminkan komitmen berterusan agensi dalam mendukung aspirasi negara serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam mempertahankan kedaulatan dan kesejahteraan tanah air.

Seluruh warga Maritim Malaysia merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah dan menjunjung kasih ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda Tahun 2026.

๐——๐—ถ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜†๐˜‚ ๐—ง๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐—ธ๐˜‚,

๐——๐—ฎ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐˜ ๐—ง๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐—ธ๐˜‚!

MENGARAK PANJI
 
MENGARAK PANJI2
 
MENGARAK PANJI7
 
MENGARAK PANJI8

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC