10
Rab, Jun

Grid List

MARITIM MALAYSIA LAKSANA MEDEVAC KRU KAPAL PHEONIX JAMNAGAR

LAPAN MANGSA SELAMAT DALAM INSIDEN BOT LAJU TERBALIK DI PANTAI TELUK PASIR, SANTUBONG

MARITIM MALAYSIA LAKSANA MEDEVAC KRU KAPAL CX GEMMA DI PERAIRAN KUCHING

MARITIM MALAYSIA DAN AGENSI DAERAH MERSING LAKSANA OP BERSEPADU PANTAU AKTIVITI ISLAND HOPPING

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

OP MARDOL 2025 : MARITIM MALAYSIA DAN JTKSM KESAN PELANGGARAN UNDANG-UNDANG MAJIKAN

KUANTAN, 10 SEPTEMBER โ€“ Operasi MARDOL 2025 yang dijalankan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bersama Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) berjaya mengesan beberapa pelanggaran undang-undang perburuhan di kawasan pulau sekitar Mersing, Johor dan Pulau Tioman, Pahang.

Operasi yang bermula 8 September lalu hingga hari ini melibatkan pemeriksaan ke atas 12 majikan, dengan penyertaan Ketua Pengarah JTKSM, Tuan Haji Kamal Pardi, Pengarah JTK Negeri Pahang, Puan Hakimah Ibrahim, Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Pahang, Kepten Maritim Mohd Marmizi Md Noor, Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan Saadin, serta Pengarah JTK Negeri Johor, Mohd Faizal Mohammad.

Bagi menjayakan operasi, Maritim Negeri Pahang mengatur gerak aset KM SEBATIK dan Bot PENGGALANG 14, manakala Zon Maritim Mersing menurunkan Bot PENGGALANG 43 serta Bot PERKASA 31.

Operasi dilaksanakan dalam tiga fasa, bermula dengan taklimat di Pos Maritim Teluk Gading, diikuti rondaan dan pemeriksaan bersepadu, pertukaran kepakaran teknikal, serta sesi post-mortem hasil pemeriksaan.

Hasilnya, tujuh kertas siasatan dibuka di bawah Akta Kerja 1955 dan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446), khususnya Seksyen 24D.

Sebanyak 14 notis pematuhan turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk kegagalan menyediakan kontrak perkhidmatan, tiada kebenaran Ketua Pengarah bagi pengumpulan cuti rehat, pembayaran gaji secara tunai serta pelanggaran lain yang melibatkan undang-undang perburuhan.

Terdahulu, Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan Mat Rejab berkata, operasi ini membuktikan kemampuan Maritim Malaysia memperluaskan peranan penguatkuasaan melebihi aspek keselamatan perairan semata-mata.

โ€œKerjasama strategik bersama JTKSM ini menjadi bukti komitmen agensi dalam melindungi hak pekerja selain memastikan kawasan perairan negara terus selamat daripada pelbagai bentuk pelanggaran undang-undang,โ€ katanya.

Beliau dalam pada itu turut menegaskan, usaha seumpama ini akan diteruskan pada masa hadapan bagi menjamin kesejahteraan komuniti maritim dan memastikan undang-undang negara sentiasa dipatuhi.

WhatsApp Image 2025 09 10 at 5.54.28 PM
 
WhatsApp Image 2025 09 10 at 5.54.24 PM
 
WhatsApp Image 2025 09 10 at 5.54.29 PM
 
WhatsApp Image 2025 09 10 at 5.54.27 PM

Grid List

ISTIADAT MENGARAK PANJI-PANJI SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YDPA SULTAN IBRAHIM

PUTRAJAYA, 5 JUN โ€“ Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hari ini menghadiri Istiadat Mengarak Panji-Panji sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Tahun 2026 yang berlangsung dengan penuh adat istiadat, tradisi ketenteraan serta gilang-gemilang di Dataran Pahlawan Negara, di sini pagi tadi.

Maritim Malaysia telah diwakili oleh Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim bersama barisan pengarah-pengarah bahagian serta pegawai-pegawai kanan agensi melibatkan seramai 30 pegawai.

Istiadat bersejarah ini bukan sahaja melambangkan kedaulatan Institusi Raja Berperlembagaan, malah menjadi manifestasi kesetiaan, patriotisme dan penghormatan yang tidak berbelah bahagi seluruh warga perkhidmatan awam serta pasukan beruniform kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Utama Negara.

Sebagai agensi penguatkuasaan maritim utama negara, Maritim Malaysia sentiasa menjunjung tinggi prinsip taat setia, integriti dan profesionalisme dalam melaksanakan amanah menjaga keselamatan, keamanan serta kedaulatan Zon Maritim Malaysia demi kepentingan negara dan rakyat.

Penyertaan Maritim Malaysia dalam istiadat ini turut mencerminkan komitmen berterusan agensi dalam mendukung aspirasi negara serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam mempertahankan kedaulatan dan kesejahteraan tanah air.

Seluruh warga Maritim Malaysia merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah dan menjunjung kasih ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda Tahun 2026.

๐——๐—ถ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜†๐˜‚ ๐—ง๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐—ธ๐˜‚,

๐——๐—ฎ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐˜ ๐—ง๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐—ธ๐˜‚!

MENGARAK PANJI
 
MENGARAK PANJI2
 
MENGARAK PANJI7
 
MENGARAK PANJI8

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC