20
Isn, Apr

Grid List

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN

MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI

VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI

NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT

SOROK BERAS BAWAH TIMBUNAN BOTOL, BOT KARGO DITAHAN MARITIM MALAYSIA

TAWAU, 12 OGOS – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau menahan sebuah bot kargo tempatan yang menyembunyikan muatan beras dan barang kawalan di bawah timbunan botol kosong di kedudukan 2.15 batu nautika selatan Batu 3 Tawau, sekitar pukul 7.00 pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Ariffin bin Ghazali berkata, bot peronda Maritim Malaysia yang menjalankan OP PLUTO TIMUR, OP SEJAHTERA dan OP TIRIS telah berjaya mengesan pergerakan bot kargo itu ketika sedang bergerak dari perairan Batu 3 Tawau menuju ke Pulau Sebatik.

Pemeriksaan awal mendapati, bot kargo itu dikendalikan oleh seorang juragan lelaki tempatan berusia 60 tahun bersama seorang pembantu lelaki yang pemegang pasport warga Indonesia berumur 58 tahun merupakan jaminan isteri.

Pemeriksaaan dokumentasi seterusnya mendapati, juragan gagal mengemukakan sebarang permit berkaitan barang kawalan dan permit beras bagi muatan yang dibawa.

Kedua-dua mereka seterusnya ditahan bersama bot kargo dan kesemua muatan diiring ke Jeti Zon Maritim Tawau untuk pemeriksaan dan siasatan lanjut.

Hasil penggeledahan ke atas bot kargo tersebut telah menemukan, sejumlah 400 kampit beras dianggarkan seberat empat tan serta 27 gelen minyak petrol sekitar 700 kilogram di dalam bot kargo tersebut.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta522). Kesemua barangan termasuk bot kargo dan enjin bot disita dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM55 ribu.

Ariffin turut memaklumkan, siasatan juga akan dijalankan bagi melihat sekiranya terdapat unsur penyeludupan barangan tersebut ke negara jiran berikutan jumlah muatan yang dibawa dan pergerakan bot kargo tersebut dikesan beroperasi pada awal pagi bagi mengelakkan dari dikesan pihak berkuasa.

Maritim Malaysia akan terus memperkasakan tugas penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang serta jenayah rentas sempadan di Zon Maritim Malaysia khususnya di perairan Timur Sabah (ESSZONE).

Kerjasama agensi lain dan orang awam akan terus diperkukuhkan demi memastikan undang-undang negara sentiasa dipatuhi.

Salurkan sebarang salah laku jenayah yang berlaku di sekitar perairan Tawau melalui talian Pusat Operasi Zon Maritim Tawau 089-752116 atau 999 untuk tindakan segera.

 

SELUDUP BERAS
 
SELUDUP BERAS3
 
SELUDUP BERAS4
Grid List

MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026

KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.

“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.

Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.

Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.

Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.

Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.

Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.

Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.

OSTEX MARITIM
 
OSTEX MARITIM2
 
OSTEX MARITIM4
 
OSTEX MARITIM6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC