03
Isn, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 52 TONG PETROL DI SEMPORNA

SEMPORNA, 15 JULAI – Cubaan licik menyeludup keluar 52 tong petrol bersubsidi di perairan Semporna berjaya digagalkan menerusi tindakan pantas dan berani pasukan Maritim Malaysia awal pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Amir bin Shubli berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, Bot BANGGI 10 yang dikendalikan oleh lima anggota penguat kuasa yang sedang menjalankan rondaan di bawah Operasi Pluto Timur, berjaya memintas sebuah bot pam tanpa nombor pendaftaran yang bergerak dalam keadaan mencurigakan berhampiran Pulau Nusa.

Beliau turut berkata, sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa, juragan bot tersebut bertindak nekad terjun ke laut dan meloloskan diri ke kawasan paya bakau berhampiran bagi mengelak ditahan.

“Tindakan pantas anggota Bot BANGGI 10 berjaya mengekang bot berkenaan pada pukul 1.40 pagi kira-kira 0.2 batu nautika dari selatan Pulau Nusa, walaupun juragan sempat melarikan diri,” jelas beliau.

Hasil pemeriksaan ke atas bot pam tersebut menemukan 52 tong jerrycan dipercayai berisi petrol serta tiga unit enjin pam tanpa jenama. Kesemua barangan ini dipercayai untuk diseludup keluar dari negara ini melalui laluan tidak sah.

Menurut Amir, kejayaan ini adalah bukti komitmen Maritim Malaysia dalam memperketat kawalan perairan negara dan mengekang penyelewengan bahan kawalan bersubsidi yang boleh menjejaskan ekonomi dan ketenteraman awam.

“Kami tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba memperdagangkan bekalan bersubsidi secara haram. Ini bukan sahaja melanggar undang-undang, malah menindas hak rakyat,” tegas beliau.

Kes kini disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961, dan semua rampasan termasuk sebuah bot pam berwarna hijau, tiga enjin pam dan 52 tong petrol dibawa ke jeti Zon Maritim Semporna untuk tindakan lanjut.

Pihak Maritim Malaysia kini sedang giat mengesan juragan yang melarikan diri dan berikrar untuk membawa semua dalang aktiviti penyeludupan ini ke muka pengadilan.

Dengan komitmen penuh anggota di lapangan, Maritim Malaysia terus memperkukuh rondaan dan risikan agar perairan negara kekal aman, bebas daripada jenayah penyeludupan dan pencerobohan ekonomi maritim.

 

SEMPORNA PETROL

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC