KUALA KURAU, 24 FEBRUARI – Zon Maritim Kuala Kurau menahan sebuah Vesel Nelayan Tempatan (VNT) jenis pukat tunda (B) di 11.6 batu barat daya Kuala Kurau pada pukul 4.40 petang hari ini.
Bot ditahan dan diperiksa oleh kru bot BENTENG 03 dan setelah diperiksa VNT tersebut menggunakan tiga orang awak-awak warganegara asing tanpa kebenaran malah ketiga-tiga awak-awak terbabit tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah.
Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 menggunakan pekerja warga asing tanpa kebenaran dan Akta Imigresen 1956/63 kerana tinggal di Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri yang sah.
Kesemua nelayan ditahan, vesel dan hasil tangkapan beserta peralatan menangkap ikan dirampas dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.
Maritim Malaysia meminta agar komuniti maritim sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan bagi mengelakkan tindakan undang-undang diambil.
Sebarang laporan, aduan dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Maritim Malaysia di talian Pusat Operasi Zon Maritim Kuala
Kurau di talian 05-7279919 atau hubungi talian kecemasan 999 untuk maklum balas segera.



















.svg.png)

