LANGKAWI, 22 FEBRUARI – Seorang kru kapal layar KARANA 1 didapati jatuh laut di perairan Tanjung Belua, pagi semalam.
Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa berkata, Maritim Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi telah menerima panggilan daripada Pengurus Rebak Island Resort & Marina, Langkawi, Derrick Van Deventer pada 21 Februari pukul 6.15 pagi yang memaklumkan seorang kru kapal layar KARANA 1, Velikokhotko Konstantin, 50, telah jatuh laut di perairan Tanjung Belua.
“Bertindak atas maklumat tersebut, bot PETIR 81 telah diatur gerak ke lokasi tersebut untuk membuat pencarian”, jelas beliau.
Lebih kurang pukul 8.36 pagi, seorang daripada kru kapal layar MARINA 1, Aleksander Velikohlkhotk telah memaklumkan bahawa rakannya telah dijumpai dalam keadaan selamat lebih kurang 4.6 batu nautika Tenggara Ko Ta Nga, Thailand.
Sekiranya terdapat sebarang aktiviti jenayah atau kecemasan di laut, orang ramai diminta melaporkan ke talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah & Perlis di talian 04-9662750 untuk tindakan segera.


















.svg.png)

