13
Sab, Jun

Grid List

MARITIM MALAYSIA LAKSANA MEDEVAC KRU KAPAL PHEONIX JAMNAGAR

LAPAN MANGSA SELAMAT DALAM INSIDEN BOT LAJU TERBALIK DI PANTAI TELUK PASIR, SANTUBONG

MARITIM MALAYSIA LAKSANA MEDEVAC KRU KAPAL CX GEMMA DI PERAIRAN KUCHING

MARITIM MALAYSIA DAN AGENSI DAERAH MERSING LAKSANA OP BERSEPADU PANTAU AKTIVITI ISLAND HOPPING

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

MARITIM MALAYSIA USIR TIGA BOT DAN SEMBILAN PEMANCING INDONESIA DI PERAIRAN TAWAU

TAWAU, 11 FEBRUARI – Zon Maritim Tawau mengusir tiga buah bot bersama sembilan pemancing warga Indonesia selepas dikesan menceroboh perairan negara dalam satu operasi khas, Op PLUTO TIMUR, di sini Ahad lalu.

Menurut Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan bin Raman, bot peronda Maritim Malaysia telah mengesan dan menahan ketiga-tiga bot tersebut di kedudukan antara 2.5 hingga 5.6 batu nautika utara Burst Point, sekitar pukul 1.00 petang hari berkenaan, selepas mendapati kesemua suspek telah memasuki perairan Malaysia tanpa kebenaran serta tidak memiliki sebarang dokumen yang sah.

“Hasil pemeriksaan mendapati sembilan individu yang kesemuanya lelaki berusia antara 28 hingga 52 tahun tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah,”

“Selain itu, kami turut menahan tiga buah bot nelayan bersama tiga unit enjin sangkut 15hp serta hasil tangkapan laut yang dianggarkan bernilai RM20 ribu,” katanya lagi.

Susulan penahanan tersebut, semua individu terbabit diserahkan kepada Konsulat Republik Indonesia bagi proses pengusiran berdasarkan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Republik Indonesia dan Kerajaan Malaysia, berkaitan garis panduan perlakuan terhadap nelayan oleh agensi penguatkuasaan maritim kedua-dua negara yang ditandatangani pada 27 Januari 2012.

Selepas proses dokumentasi selesai, ketiga-tiga bot berkenaan telah diiring ke sempadan perairan Malaysia-Indonesia untuk dihantar pulang ke negara asal.

Maritim Malaysia menegaskan bahawa pihaknya akan terus memperkukuh operasi penguatkuasaan bagi membanteras sebarang pencerobohan dan aktiviti haram di Zon Maritim Malaysia, khususnya di perairan Timur Sabah (ESSZONE).

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan sebarang aktiviti jenayah maritim atau kecemasan di sekitar perairan Tawau boleh menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di talian 089-752116 atau talian kecemasan 999.

 

TAWAU USIR

Grid List

ISTIADAT MENGARAK PANJI-PANJI SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YDPA SULTAN IBRAHIM

PUTRAJAYA, 5 JUN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hari ini menghadiri Istiadat Mengarak Panji-Panji sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Tahun 2026 yang berlangsung dengan penuh adat istiadat, tradisi ketenteraan serta gilang-gemilang di Dataran Pahlawan Negara, di sini pagi tadi.

Maritim Malaysia telah diwakili oleh Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim bersama barisan pengarah-pengarah bahagian serta pegawai-pegawai kanan agensi melibatkan seramai 30 pegawai.

Istiadat bersejarah ini bukan sahaja melambangkan kedaulatan Institusi Raja Berperlembagaan, malah menjadi manifestasi kesetiaan, patriotisme dan penghormatan yang tidak berbelah bahagi seluruh warga perkhidmatan awam serta pasukan beruniform kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Utama Negara.

Sebagai agensi penguatkuasaan maritim utama negara, Maritim Malaysia sentiasa menjunjung tinggi prinsip taat setia, integriti dan profesionalisme dalam melaksanakan amanah menjaga keselamatan, keamanan serta kedaulatan Zon Maritim Malaysia demi kepentingan negara dan rakyat.

Penyertaan Maritim Malaysia dalam istiadat ini turut mencerminkan komitmen berterusan agensi dalam mendukung aspirasi negara serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam mempertahankan kedaulatan dan kesejahteraan tanah air.

Seluruh warga Maritim Malaysia merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah dan menjunjung kasih ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda Tahun 2026.

𝗗𝗶𝗿𝗴𝗮𝗵𝗮𝘆𝘂 𝗧𝘂𝗮𝗻𝗸𝘂,

𝗗𝗮𝘂𝗹𝗮𝘁 𝗧𝘂𝗮𝗻𝗸𝘂!

MENGARAK PANJI
 
MENGARAK PANJI2
 
MENGARAK PANJI7
 
MENGARAK PANJI8

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC