LUMUT, 10 JANUARI – MaritimNegeri Perak rampas 30 set bubu naga atau bubu kamban di kedudukan sekitar 4.2 batu nautika dari barat daya Pulau Talang, Perak kira-kira pada jam 9.50 malam semalam.
Pengarahnya, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata,kesemua bubu itu dikesan oleh pasukan bot ronda Maritim Malaysia ketika sedangmelaksanakan rondaan di sektor operasi berkenaan dengan penemuan bendera serta pelampung mencurigakan di lokasi tersebut.
Kesemua bubu naga dianggarkan bernilai hampir RM4 ribu tersebut dirampas dan kemudiannya diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakanlanjut.
Pemilik bubu naga boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan.
Jika disabitkan kesalahan, individu yang melakukan kesalahan berkenaan akandikenakan hukuman denda tidak melebihi RM20 ribu atau penjara tidak melebihi duatahun atau kedua-duanya sekali.
Tambah Shukri, Maritim Negeri Perak berharap agar semua komuniti nelayan lebihcakna dan patuh akan peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan, dan tidak sesekalimelaksanakan kesalahan yang sama berulang kali di perairan negara terutamanyadi Perairan Negeri Perak.
Ini kerana Maritim Malaysia akan terus membuat rampasan ke atas bubu naga serta tidak akan berkompromi untuk mengambil tindakan ke atas pesalah yang melanggar undang-undang.
Komuniti maritim diseru agar terus berkongsimaklumat mengenai sebarang pelanggaran undang-undang di laut dengan menghubungi talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Perak melaui talian 05-6838737untuk tindakan segera.



















.svg.png)

