21
Sel, Apr

Grid List

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN

MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI

VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI

NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL PUKAT JERUT DAN SEBUAH VESEL PUKAT TUNDA

LUMUT, 9 JANUARI – Maritim Negeri Perak menahan dua vesel pukat jerut bilis selepas dipercayai melanggar syarat sah lesen di sekitar perairan Pulau Pangkor semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, penahanan tersebut dibuat oleh sebuah bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melakukan rondaan rutin di sekitar sektor operasi berkenaan bagi mencegah perlakuan jenayah maritim di perairan negeri ini.

Kedua-dua tangkapan berkenaan dibuat pada kedudukan kira-kira 0.1 batu nautika daripada selatan Pulau Pangkor sekitar pukul 8.10 dan 8.20 malam semalam, dengan membabitkan dua tekong warga tempatan dan 24 kru membabitkan warga tempatan, Myanmar dan Thailand berumur dalam lingkungan 25 hingga 71 tahun.

Kes akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu beroperasi kurang dari 1 batu nautika dari Pantai atau daratan.

Kesemua nelayan ditahan, manakala bot dan hasil tangkapan ikan bilis dengan anggaran 100 kilogram serta peralatan menangkap ikan dirampas sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Dalam kejadian berasingan, sebuah vesel pukat tunda kelas C telah ditahan selepas dipercayai beroperasi di luar perairan perikanan Malaysia di lokasi 23.6 batu nautika tenggara Pulau Jarak, Perak kira-kira pukul 4.20 petang semalam.

Mengulas lanjut berkenaan kes tersebut, Mohamad Shukri memaklumkan, penahanan ini dilakukan berikutan hasil maklumat dari Pusat Operasi Maritim Negeri Perak yang memaklumkan terdapat beberapa buah Vesel Nelayan Tempatan (VNT) yang melakukan aktiviti perikanan di luar perairan perikanan Malaysia.

Sebuah aset milik Maritim Malaysia, KM MALAWALI telah diatur gerak ke lokasi terbabit dan mendapati sebuah VNT sedang leka melakukan aktiviti perikanan di luar perairan perikanan Malaysia.

Vesel tersebut telah diarahkan kembali ke perairan Malaysia sambil diiringi oleh KM MALAWALI.

Hasil pemeriksaan ke atas dokumen vesel mendapati, vesel terbabit dikendalikan oleh seorang tekong dibantu oleh tiga kru warga Myanmar berumur dalam lingkungan 26 hingga 45 tahun.

Kes akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu berada di luar perairan perikanan Malaysia tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dan gagal mengemukakan kebenaran menggunakan kru warga asing serta Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri yang diperakui.

Kesemua nelayan ditahan, manakala bot dan hasil tangkapan ikan dengan anggaran 600 kilogram serta peralatan menangkap ikan dirampas sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Orang ramai terutamanya komuniti maritim diseru agar terus berkongsi maklumat bagi sebarang pelanggaran undang-undang di laut dengan menghubungi talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 untuk tindakan segera.

 

 

PERAK VESEL 8
 
PERAK VESEL 2
 
PERAK VESEL 6
 
PERAK VESEL 7

 

 

Grid List

MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026

KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.

“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.

Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.

Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.

Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.

Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.

Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.

Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.

OSTEX MARITIM
 
OSTEX MARITIM2
 
OSTEX MARITIM4
 
OSTEX MARITIM6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC