PULAU PINANG, 8 NOVEMBER – Sebuah bot peronda Maritim Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan satu tangkapan terhadap sebuah Vesel Nelayan Tempatan (VNT) kelas C di kedudukan 6.3 batu nautika tenggara Pulau Kendi pada jam 10.30 malam tadi.
Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Razali bin Kasim berkata, pada awalnya bot peronda melakukan rutin penguatkuasaan sebelum melakukan pemeriksaan terhadap sebuah VNT yang pada ketika itu dalam keadaan sedang melakukan aktiviti menangkap ikan.
Bot penguat kuasa menghampiri VNT berkenaan dan mendapati VNT tersebut sedang melakukan aktiviti perikanan di bawah 15.0 batu nautika dimana mereka melakukan aktiviti menangkap ikan tidak mengikut syarat sah lesen VNT kelas C.
VNT yang berada di kedudukan 6.3 batu nautika tenggara Pulau Kendi itu diperiksa selanjutnya dan mendapati dua kru warga tempatan berumur lingkungan 49 hingga 61 sedang bekerja di VNT berkenaan.
Tambah Razali, tangkapan ini dilakukan kerana mereka disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 8 (b) mengikut Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat sah lesen dimana mereka menangkap ikan di bawah 15.0 batu nautika.
Kesemua kru, bot bersama hasil tangkapan dianggarkan 200 kilogram ikan baja telah diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia Negeri Pulau Pinang untuk siastan lanjut.




















.svg.png)

