KUALA KURAU, 6 OGOS – Zon Maritim Kuala Kurau telah menahan sebuah bot nelayan tempatan jenis pukat rawa sorong di kedudukan 0.8 batu nautika selatan Pulau Sangga Besar petang semalam.
Pengarahnya, Komander Maritim Mohd Najhan bin Azman Hamid berkata, bot itu dikesan oleh bot ronda Zon Maritim Kuala Kurau yang sedang melakukan rondaan rutin di perairan Kerian dan Larut Matang sebelum dirapati untuk pemeriksaan.
Hasil pemeriksaan menemukan, seorang tekong warga tempatan berada di bot tersebut.
Pemeriksaan lanjut ke atas dokumen bot mendapati, bot terbabit tidak memiliki lesen dan serawan pukat rawa sorong berserta peralatan ditemukan berada di atas bot terbabit.
Tekong ditahan manakala bot dan peralatan menangkap ikan dirampas untuk siasatan sebelum dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 8(a) Akta Perikanan 1985 kerana mengoperasikan vesel tanpa lesen yang sah dan Seksyen 11(b) akta yang sama iaitu memiliki peralatan menangkap ikan yang tidak dilesenkan.
Maritim Malaysia menyeru kepada semua komuniti maritim agar sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan demi menjaga ekosistem perairan negara.
Sebarang aduan, salah laku dan insiden kecemasan yang berlaku di laut, orang ramai boleh melaporkan kepada Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau di talian 05-7279919 atau talian kecemasan NG999 untuk tindakan segera.


















.svg.png)

