SEMPORNA, 18 MEI – Zon Maritim Semporna telah menyediakan empat buah aset yang terdiri daripada BOT ADAL 18, BOT BANGI 9, 10 dan 11 untuk membawa Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil serta para delegasinya sempena tinjauan Projek 'Point of Presence' (PoP) di Sekolah Kebangsaan Balimbang, Pulau Bum Bum pagi tadi.
Lawatan Kerja Jelajah Ketersambungan ini turut dihadiri oleh Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Amir bin Shubli dan Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Semporna, Leftenan Maritim Muhammad Haris bin Azmi.
Komander Maritim Amir dalam pada itu memaklumkan, penglibatan Zon Maritim Semporna adalah sumbangan kecil Agensi dalam menjayakan pelaksanaan projek Point of Presence (PoP) ini yang dijangka bakal menawarkan talian internet berkelajuan tinggi serta lebih stabil dengan harga lebih murah berbanding talian mudah alih di kawasan terlibat.
Pada sesi lawatan berkenaan, para delegasi telah dibawa ke Kampung Terusan Tengah, Pulau Bum Bum bagi menghadiri program Jiwa MADANI seterusnya ke Pulau Bum Bum untuk program Tele Health @ Nadi.
Lawatan Kerja di Pulau Bum Bum berakhir pada pukul 4.30 petang dan semua tetamu kehormat telah dihantar pulang dengan selamat ke Jeti Seafest, Semporna.





















.svg.png)

