13
Rab, Mei

Grid List

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN

MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI

VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI

NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT

MARITIM NEGERI MELAKA DAN NEGERI SEMBILAN | OPERASI BERSAMA AADK DAERAH PORT DICKSON

KUALA LINGGI, 16 MEI – Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) daerah Port Dickson telah melaksanakan operasi bersepadu pagi tadi.

Menurut Kepten Maritim Haji Mohd Khairi bin Haji Abd Aziz, Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan berkata, operasi yang melibatkan lapan pegawai dan anggota dari MNMNS dan empat pegawai dari AADK daerah Port Dickson ini bertujuan untuk memberi kesedaran penyalahgunaan dadah khususnya melibatkan komuniti maritim termasuklah nelayan tempatan dan penguasaha bot rekreasi di sekitar perairan Port Dickson.

Maritim Malaysia turut mengambil inisiatif melaksanakan Kempen Kesedaran Keselamatan di Laut dalam memastikan komuniti maritim sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan sepanjang melaksanakan aktiviti di laut.

Terima kasih kepada AADK daerah Port Dickson di atas kerjasama ini. Diharapkan ia dapat memberi impak yang positif dalam kalangan komuniti maritim setempat seterusnya mewujudkan generasi yang bebas dadah.

 

OP AADK PD 4   OP AADK PD 3
     
OP AADK PD 2   OP AADK PD
Grid List

CSCWG JADI MEDAN SELARAS NARATIF OP NAGA

PUTRAJAYA, 5 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memperkukuh penyampaian komunikasi strategik berkaitan Op NAGA menerusi penubuhan Combined Strategic Communication Working Group (CSCWG) yang dianjurkan bermula 4 Mei dan berakhir hari ini.

Bengkel ini dilaksanakan bagi memastikan semua naratif operasi diselaras secara konsisten dan tepat oleh semua jabatan dan agensi terlibat seterusnya diyakini masyarakat.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata, pendekatan berkenaan amat penting dalam mendepani cabaran penyebaran maklumat yang semakin pantas serta tidak terkawal, khususnya melalui media sosial.

“Setiap agensi tidak boleh bergerak secara berasingan dari segi komunikasi. Kita memerlukan satu platform untuk menyelaras mesej supaya maklumat yang disampaikan tepat, konsisten dan tidak disalah tafsir,” katanya.

Jelas beliau lagi, penubuhan CSCWG bukan sekadar melengkapkan aspek naratif operasi, sebaliknya menjadi mekanisme utama dalam memastikan setiap tindakan penguatkuasaan disokong dengan penyampaian maklumat yang jelas, berstruktur dan berimpak tinggi kepada masyarakat.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan penutupan Bengkel CSCWG Op NAGA Bil. 1/2026 di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Komunikasi Korporat Maritim Malaysia, Salawati binti Yahaya.

Terdahulu, bengkel berkenaan menghimpunkan 28 pegawai yang terdiri daripada Pegawai Perhubungan Awam dan pegawai pelaksana dari pelbagai 17 agensi keselamatan dan penguatkuasaan yang dilantik sebagai ahli Jawatankuasa CSCWG Op NAGA, menjadikan kumpulan ini sebagai teras utama dalam pengurusan komunikasi operasi tersebut.

Sepanjang bengkel berlangsung, peserta didedahkan kepada aspek pengurusan media, teknik penyampaian mesej serta pemahaman isu keselamatan maritim bagi memperkukuh keupayaan menyampaikan maklumat operasi secara lebih berkesan kepada umum.

Peserta turut dibahagikan kepada tiga kumpulan utama bagi membangunkan Kerangka Pelan Komunikasi Strategik melibatkan Op NAGA Barat, Op NAGA Timur Sarawak dan Op NAGA Timur Sabah.

Penganjuran Bengkel CSCWG dilihat sebagai langkah proaktif Maritim Malaysia dalam memperkukuh penyelarasan komunikasi antara agensi terlibat, sekali gus memastikan naratif Op NAGA kekal konsisten, berwibawa dan berimpak di semua platform penyampaian maklumat.

CSCWG NAGA5
 
CSCWG NAGA2
 
CSCWG NAGA6
 
CSCWG NAGA3

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC