03
Isn, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

MARITIM MALAYSIA SAMBUT BAIK PENGUMUMAN DARIPADA KAJIAN SEPARUH PENGGAL RMK-12

PUTRAJAYA, 14 September – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri YAB Datuk Seri Anwar bin Ibrahim berkaitan penaiktarafan pusat kawalan operasi dan pembinaan baharu pangkalan operasi Maritim Malaysia sempena Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang dibuat baru-baru ini.

Pengumuman ini adalah satu lagi langkah tepat yang dibuat oleh Kerajaan Perpaduan dalam usaha meningkatkan keupayaan dan keberkesanan Maritim Malaysia bagi memastikan keselamatan perairan negara terpelihara.

Penaiktarafan pusat kawalan operasi ini akan membolehkan Maritim Malaysia bertindak secara lebih cekap dalam mengawal dan mengatasi pelbagai ancaman seperti pencerobohan Bot Nelayan Asing (BNA), kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), rompakan, penyeludupan dadah, kontraband serta lain-lain jenayah di laut.

Cadangan pembinaan baharu pangkalan operasi juga dilihat akan memberikan impak besar kepada Maritim Malaysia kerana ia membolehkan agensi ini beroperasi dengan lebih efisien dengan kemudahan yang lebih baik. Ia juga secara tidak langsung akan meningkatkan kemampuan pihak Maritim Malaysia dalam melaksanakan pengkuatkuasaan dan CARILAMAT dengan lebih efektif.

Berikutan daripada pengumuman berkenaan, Maritim Malaysia merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim atas sokongan dan komitmen yang ditunjukkan oleh Kerajaan Perpaduan dalam memperkukuhkan keselamatan dan kedaulatan perairan negara.

Maritim Malaysia pada masa yang sama turut menyatakan komitmen yang teguh dan akan menzahirkan hasrat Kerajaan Perpaduan dalam memastikan Zon Maritim Malaysia kekal aman dan sejahtera.

Susulan daripada pengumuman tersebut, pihak Maritim Malaysia akan mendapatkan perincian daripada pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkaitan penaiktarafan dan pembinaan baharu premis agensi ini melalui RMK-12 bagi tahun 2023 hingga 2025 nanti.

.

LAKSAMANA MADYA MARITIM DATUK SAIFUL LIZAN BIN IBRAHIM

TIMBALAN KETUA PENGARAH (LOGISTIK)

AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA

 

RMK 12
 
RMK 12 2
Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC